Berita Harian

Ruang perbaiki mutu lakonan

Bangkit daripada kontrovers­i untuk bukti bakat apabila raih kepercayaa­n bawa watak utama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Mfatin.farhana@bh.com.my

eniti populariti selepas menyertai program realiti, Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid tidak menafikan impak kontrovers­i garagara gagal menjawab soalan mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) membantuny­a meniti laluan pantas dikenali ramai.

Biarpun dilempar pelbagai kritikan dan kata cemuhan, Mawar,

21, tidak membiarkan semua itu melemahkan dirinya. Mawar bersyukur kerana kontrovers­i itu juga memacu dirinya untuk mengorak langkah sebagai pelakon. Bermula dengan watak sampingan setahun lalu, anak bongsu tujuh beradik kini mengecapi sedikit demi sedikit kemanisan hasil kerja kerasnya.

Tuah bakat baharu

Tidak pernah diduganya, dalam tempoh singkat, dirinya mendapat kepercayaa­n untuk membawa watak utama. Drama rantaian, Suamiku Paling Sweet menjadi titik permulaan kepada Mawar untuk membuktika­n pengaruhny­a apabila diserahkan watak utama.

“Saya tidak memandang ringan tanggungja­wab yang diberikan ini. Tidak semua bakat baharu bertuah mendapat kepercayaa­n besar seperti ini. Saya baru membintang­i dua drama dan tanpa disangka, bakat saya diperhatik­an hingga diberi tanggungja­wab membawa watak utama.

“Bagi saya, pencapaian ini terlalu pantas. Saya bersyukur kerana impian sejak kecil, akhirnya menjadi kenyataan. Sejak dulu, saya menyimpan angan-angan untuk menjadi pelakon. Disebabkan menetap di Kelantan, peluang itu terbatas. Hanya selepas keluarga berpindah ke Kuala Lumpur ketika usia saya 13 tahun, baru peluang itu datang.

“Saya bermula dengan watak tambahan. Hanya selepas aktif memuat naik rakaman video di laman sosial, nama saya mula diberi perhatian. Hanya selepas menyertai Dewi Remaja, peluang itu semakin cerah,” katanya.

Dikenali kerana watak antagonis

Peluang yang datang itu juga tidak membuatkan Mawar kesal, meskipun terpaksa memendekka­n cuti sempena Aidilfitri lalu. Hanya berkesempa­tan bersama keluarga seminggu, Mawar terpaksa kembali ke lokasi penggambar­an Suamiku Paling Sweet yang bakal menghiasi Gadis berdarah campuran Melayu dan Thailand ini juga memanfaatk­an peluang besar itu sebagai ruang untuk meningkatk­an mutu lakonan. Seandainya percubaan pertamanya itu menerima reaksi positif, Mawar bersyukur kerana kehadirann­ya diterima.

Namun, jika ditakdirka­n sebaliknya, Mawar tidak akan putus asa kerana perjalanan­nya sebagai pelakon masih panjang.

Sedia hadapi kritikan

slot di TV3.

Berganding­an dengan Syafiq Kyle, Mawar mengakui cabaran besar yang dilaluinya kerana slot itu tidak pernah mencatat jumlah tontonan menghampak­an. Mawar berkata, dirinya gementar menanti reaksi peminat terhadap lakonannya sebagai Qisya Iris dalam drama itu.

Tidak berpengala­man

“Saya gusar memikirkan saya tidak berpengala­man membawa watak utama. Sebelum ini, dua drama lakonan saya yang mendapat perhatian ramai adalah

dan Bagaimanap­un, watak yang dibawakan tidak terlalu besar.

“Saya juga diberi kepercayaa­n untuk menjayakan watak antagonis. Cuma kali ini, pembawaan karakter saya sedikit berbeza. Itu yang membuatkan saya bertambah gementar. Apatah lagi, drama ini adalah adaptasi daripada novel popular dan naskhah ini ditunggutu­nggu peminatnya.

“Saya cuba memberikan yang terbaik. Saya juga terbuka jika nanti ada yang mengkritik kerana saya masih dalam proses pembelajar­an. Alhamdulil­lah, dalam ramai artis muda yang sedang mencipta nama, bakat saya dapat perhatian penerbit dan pengarah,” katanya.

“Saya sudah bersedia menghadapi kritikan penonton. Kritikan mengajar saya untuk menjadi pelakon yang lebih baik dan insya-allah, saya tidak akan mudah jatuh semangat. Saya berterima kasih kepada pengarah, Zulhuzaimy kerana banyak mengajar sepanjang penggambar­an drama ini.

“Seronok bekerja dengannya kerana beliau antara pengarah yang disegani ramai dan begitu merendah diri. Beliau banyak mengajar saya mengenai ilmu lakonan kerana pengetahua­n saya masih cetek,” katanya yang sering merujuk kepada rakan artis seperti Emma Maembong dan Janna

Nick sebagai panduan.

 ??  ?? Akasia Playboy Itu Puasa. Tundukkan Puasa Oh
Akasia Playboy Itu Puasa. Tundukkan Puasa Oh
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia