Berita Harian

Tuah selepas lima tahun

Sokongan kelab peminat bantu gerakkan kerjaya lakonan Reen Rahim terus bertahan

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Lmohdaizat@bh.com.my

ima tahun membina tapak dalam bidang lakonan, Reen Rahim kini boleh menarik nafas lega apabila namanya semakin meniti di bibir pengarah dan penerbit. Namun, untuk menilai kedudukan dari sudut populariti, pemilik nama Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui namanya masih lagi asing daripada pengetahua­n ramai.

Reen bagaimanap­un, bertuah apabila sekelompok peminatnya yang sanggup mengambil inisiatif menggerakk­an kembali kelab peminat, Reenizers sebagai sokongan kepada karier seninya sejak setahun lalu.

“Kelab peminat ini ditubuhkan ketika saya menyertai program

Kasih musim ketiga.

Namun, selepas tamat program itu, ia sunyi begitu saja sehingga ada peminat saya yang menggerakk­an kembali kelab peminat ini.

“Kewujudan Reenizers juga membantu perjalanan saya dalam industri lebih agresif. Setiap kerja yang dilakukan menerima sokongan kelab peminat. Sekiranya ada drama lakonan saya disiarkan di kaca TV, mereka akan beramai-ramai mempromosi­kannya di laman sosial.

“Kami juga sering mengadakan aktiviti dan program bersama. Secara tidak langsung, saya dapat mengenali dengan lebih rapat peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Reen bagaimanap­un akur, untuk terus bertahan dalam industri, dirinya tidak dibiarkan hanyut dengan populariti. Reen sebaliknya, berusaha untuk terus meningkatk­an lagi mutu lakonan.

Semakin matang

Hampir lima tahun berada dalam industri, Reen merasai kematangan dalam lakonannya.

“Hingga sekarang, saya masih tidak percaya pernah menjuarai program

Berbanding peserta lain, saya sering dikritik tidak pandai berlakon. Hampir setiap minggu bersaing, saya dihentam teruk oleh juri dan tenaga pengajar namun sudah tertulis, rezeki saya dalam bidang ini.

“Namun, perjalanan seni saya tidak semudah kebanyakan pelakon baharu hari ini. Walaupun menjuarai program realiti, saya terpaksa bermula dari bawah. Mujur RTM lebih melihat bakat seni saya. Setiap kali ada watak yang dilihat sesuai, mereka akan menawarkan­nya kepada saya.

“Secara perlahanla­han, saya membina tapak. Hanya selepas itu, saya diberi peluang bekerja dengan pelbagai produksi. Alhamdulil­lah, rezeki saya dalam lakonan tidak pernah putus. Ada saja tawaran berlakon diterima,” katanya.

Drama terbaharu lakonan Reen yang disiarkan di TV adalah dan

Reen juga baru selesai menjalani penggambar­an drama dan telefilem

Pada masa sama, dirinya sedang menunggu tayangan filem yang diarahkan oleh Datuk Rosnani Jamil dan

arahan Datuk Prof A Razak Mohaideen.

 ??  ?? Pilih Kasih. Pilih
Sayangku Kapten Mukhriz Tika Langit Terbuka.
Abang Sado Boleh Settle Puteri Idaman. Soulmate
Mawar Putih
Pilih Kasih. Pilih Sayangku Kapten Mukhriz Tika Langit Terbuka. Abang Sado Boleh Settle Puteri Idaman. Soulmate Mawar Putih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia