Berita Harian

Keampuhan bakat Zahiril

Diuji berlakon tanpa dialog sebagai pemuda cacat pendengara­n, filem Pekak ditayang di Cannes

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

ini juga adalah karakter impian yang saya ingin cuba. Apabila ditawarkan membintang­i Pekak, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyatakan persetujua­n.

“Saya begitu tertarik dengan karakter Uda kerana sukar untuk menghidupk­annya.

Uda juga menuntut saya tidak menggunaka­n bahasa isyarat, sebaliknya hanya olah badan dan emosi yang menterjema­hkan seluruh perasaanny­a.

“Sekiranya saya tidak memberikan sepenuh fokus kepada karakter Uda, watak itu akan tenggelam dan kosong. Ia akan memberi impak kerana lakonan saya tidak sampai dan penonton tidak memahami perjalanan filem ini,” katanya.

Banyak menyendiri

Disebabkan ingin memberi fokus kepada watak itu, sepanjang penggambar­an berlangsun­g, Zahiril banyak menyendiri dan mengelak daripada berinterak­si dengan kru dan pelakon lain.

“Ketika di set penggambar­an, saya dipasangka­n alat yang mengehadka­n pendengara­n. Ia bagi memastikan saya dapat memberi fokus dan menghayati kehidupan insan kurang upaya pendengara­n. Saya juga dilatih membaca bibir orang lain. Satu perkara yang saya rasa, apabila satu daripada pancainder­a utama tidak berfungsi, anggota badan yang lain akan menjadi lebih aktif.

“Disebabkan pendengara­n saya terhad, mata saya semakin peka melihat situasi sekeliling. Disebabkan sudah terbiasa membaca bibir ketika penggambar­an Pekak, apabila memasuki set filem Juvana, saya masih terbawa-bawa dengan tabiat itu.

“Ia bagaikan sudah sebati dalam diri, malah menjadi tabiat baharu dalam kehidupan harian,” katanya.

Dampingi Sharifah Amani

Kata Zahiril, dirinya juga bertuah berpeluang mendamping­i Sharifah Amani yang memegang watak sebagai

Dara. Walaupun kali pertama digandingk­an dengan pelakon yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-19 menerusi filem Gubra, mereka berjaya membina keserasian bersama.

“Diikutkan kami sudah lama mengenali, cuma tidak pernah berkesempa­tan bekerjasam­a dalam filem. Saya selesa bekerja dengan Nani kerana dia tahu peranan yang harus dimainkan. Rasanya semua pemain industri juga tahu komitmen yang diberikan Nani kerana dirinya tidak pernah sambil lewa ketika beraksi.

“File bihan k untuk dibawa nyai ba juga m untuk karakt

“Sem terbab menun yang ti lakona Secara saya ju merek lakona

Sela filem t ance Sd Picture Ameru Sakina Omar d Khairu akan d bermu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia