Berita Harian

Kerja dengan sutradara baharu

-

mengenai kerjasama dengan pengarah Khairul Azri yang juga kali pertama mengarah filem, Zahiril mengakui tidak mempunyai masalah bekerja di bawah sutradara muda itu.

Zahiril juga menganggap Khairul sebagai pengarah muda yang berani memaparkan realiti kehidupan menerusi filem ini.

“Pekak mengisahka­n mengenai pengedar dadah yang cacat pendengara­n. Dia menjalani kehidupan sebagai pengedar dadah bagi menampung pembiayaan pembedahan bagi memulihkan pendengara­nnya.

“Filem ini bukannya ingin mempermain­kan golongan kelainan upaya, tetapi sebenarnya memaparkan realiti yang berlaku dalam masyarakat tetapi kurang diambil perhatian.

“Walaupun Khairul adalah pengarah muda dan kali pertama mengarah filem, saya melihat keberanian­nya mengambil isu yang berat untuk diangkat ke layar perak. Tidak ramai pengarah generasi baharu yang sanggup keluar daripada kepompong kebiasaan dunia perfileman dan mengangkat realiti kehidupan masyarakat,” katanya.

Selain Pekak, Zahiril juga menunggu tayangan Juvana 3 yang dijangka akan ditayangka­n tahun ini selain membuat persediaan untuk memulakan penggambar­an filem 1,2 Jaga yang diarahkan oleh Namron.

Setanding filem antarabang­sa

Zahiril berbangga apabila Pekak turut dibawa ke luar negara untuk ditayangka­n pada Marche du Film

2016 di Cannes, Perancis sempena Festival Filem Cannes 2016 pada Mei lalu.

Kata Zahiril, kejayaan Pekak ditayangka­n di festival filem luar negara menunjukka­n produksi tempatan juga setanding dengan filem antarabang­sa lain.

“Sebelum ini, saya pernah mengikuti delegasi filem Karaoke yang ditayangka­n sempena Festival Filem Cannes. Apabila Pekak juga dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), saya berbangga menjadi sebahagian daripada kejayaan itu.

“Apabila semakin banyak karya tempatan dibawa ke luar negara, ia membuktika­n filem Malaysia kembali bernafas dan mampu bersaing dengan produksi antarabang­sa lain. Secara tidak langsung, ia mencetus semangat kepada penggiat seni untuk menghasilk­an filem yang lebih berkualiti untuk pasaran antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia