Berita Harian

Buah hati peminat

Ziana luang masa bersama penggemar sebagai penghargaa­n atas kesetiaan sejak hampir tiga dekad menjadi artis

-

mendedikas­ikan masa bersama mereka. Lama atau singkat bukan persoalan utama kerana secara peribadi, tidak termampu rasanya untuk saya membalas sokongan mereka yang tidak berbelah-bahagi.

“Sejak awal jenama Ziana Zain bertapak, mereka sentiasa di sisi menyaksika­n jatuh dan bangun saya. Tidak tergambar dengan perkataan betapa mereka begitu menghargai dan meletakkan saya pada sudut paling istimewa. Mengenangk­an pengorbana­n mereka, saya jadi terharu,“kata Ziana sebak dengan ketulusan kasih sayang yang dizahirkan peminatnya.

Teruskan tradisi

Selain percutian bersama di Lombok, Indonesia pada Mei lalu sempena sambutan hari lahir penyanyi ini, Ziana Folks turut merencana jamuan raya yang diadakan pada Sabtu lalu untuk meraikan Aidilfitri. Ziana berkata, ia adalah tradisi yang diamalkan setiap tahun.

“Setiap tahun, kami akan anjurkan sambutan hari raya atau majlis berbuka bersama. Kami wajib berkumpul bersama dan melakukan pelbagai aktiviti santai. Saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri. Paling seronok apabila setiap tahun, pasti ada muka baharu yang turut serta.

“Sokongan mereka membuatkan saya terus bersemanga­t untuk meneruskan kerjaya seni. Saya juga berterima kasih kepada peminat lama yang terus memberikan sokongan,” katanya.

Ziana berkata, majlis yang dianjurkan itu juga menjadi medan untuk berkongsi mengenai perkembang­an kerjaya seninya. Kesempatan itu digunakan untuk mendapat maklum balas mengenai perjalanan kerjaya seninya.

“Saya percaya, mereka memberikan komen yang jujur dan faham serta tahu perkembang­an kerjaya Ziana Zain dari dulu hingga kini.

“Saya juga mendengar cadangan dan pandangan yang diberikan untuk menambah baik kerjaya seni saya,” katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, suaminya turut menggalakk­an dirinya meluangkan masa bersama peminat dan tidak pernah menghalang.

“Syukur kerana suami memahami, malah beliau memberi izin saya bersama peminat. Sebagai contoh ketika sambutan hari lahir tempoh hari, Armin izinkan saya raikan bersama Ziana Folks,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia