Berita Harian

Rebut peluang depan mata

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Rfatin.farhana@bh.com.my

uang yang sedia terbuka di depan mata tidak ingin dilepaskan dua penyanyi muda, Encik Mimpi dan Sheryl Shazwanie. Menyusun perancanga­n tersendiri dalam memastikan langkah yang bermula tidak tersasar, Encik Mimpi dan Sheryl berusaha menjadikan setiap impian sebagai kenyataan.

Mula mencipta nama menerusi lagu Rindukanla­h, Encik Mimpi atau nama lengkapnya, Mohd Azam Zamri tidak mahu hanya dikenali sebagai penyanyi. Ketika usia pembabitan­nya masih mentah, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Binaan dari sebuah universiti di Jepun itu menubuhkan syarikat produksi, Encik Mimpi Production­s.

Cari penyanyi lelaki

Turut menaungi dua penyanyi lain, Encik Mimpi berkata, peluang itu direbut memikirkan permintaan stesen radio yang pelbagai memberinya keberanian untuk mengorak langkah baharu.

“Setakat ini, dua penyanyi baharu iaitu Atri dan Mezzy Sandy dinaungi syarikat pengurusan ini. Saya merancang untuk menambah bilangan penyanyi, terutama apabila melihat permintaan lagu yang pelbagai daripada peminat di stesen radio tempatan.

“Mengapa tidak saya rebut kesempatan itu sedangkan laluan sudah dibuka? Sudah ada beberapa nama yang sedang saya perhatikan. Bakat mereka dikesan menerusi pelbagai saluran, termasuk di laman sosial, Smule, namun semuanya masih dalam proses pemilihan.

“Saya juga mencari penyanyi yang berminat membawakan lagu ciptaan saya.

Saya lebih selesa jika lagu saya dinyanyika­n penyanyi lelaki kerana ia lebih serasi dengan jiwa,” katanya.

Banyak cabaran

Menubuhkan syarikat produksi sejak tiga tahun lalu, Encik

Mimpi tidak menafikan, banyak cabaran yang terpaksa dilalui untuk mengukuhka­n perniagaan itu. Meskipun ada ketika dirinya hampir tewas diuji, namun semangat diberikan rakan kongsi yang lebih berpengala­man mendorongn­ya untuk terus ke depan.

“Mungkin usia syarikat ini masih mentah, namun saya bersyukur kerana ia mencatat permulaan yang baik. Pulangan diterima juga memuaskan, terutama daripada single pertama saya yang masih mendapat permintaan ramai,” katanya.

Muncul dengan single terbaharu, Hentikan Rindu Ini

ciptaannya sendiri, Encik Mimpi berkata, ia adalah kesinambun­gan lagu pertamanya, Rindukanla­h.

“Hampir setahun menyepi tanpa single

terbaharu, ini masa yang tepat untuk saya kembali mencuri perhatian peminat. Hentikan Rindu Ini saya anggap sebagai single

pertama daripada album kedua. Hampir setengah tahun saya berusaha keras untuk menghasilk­an lagu ini dan saya berharap ia akan diterima ramai,” katanya.

 ??  ?? Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia