Berita Harian

Cenderung di balik tabir

Tidak lagi panik tawaran kerja berkuranga­n, lebih selektif cari karakter bersesuaia­n

-

Beliau yang mencecah usia 31 tahun pada Mac lalu berkata, dirinya juga sedang belajar mengaji dan memahami makna setiap bait ayat al-quran dan mahu berkongsi dengan peminat melalui media sosial miliknya.

“Saya ada memuat naik bacaan ayat suci di akaun Instagram saya untuk berkongsi dengan peminat. Syukur kerana usaha itu mendapat reaksi positif daripada mereka. Sama juga kerana niat asal saya mahu mengajak peminat untuk melunaskan tuntutan sesama Islam,” katanya.

Pernah culas

Akuinya, sejak memilih kerjaya dalam bidang seni, dirinya culas dalam meneruskan amalan mengaji kerana terlalu sibuk dengan jadual dan aktiviti berkaitan lakonan serta nyanyian.

Irwansyah berkata, sejak mula beralih ke arah kehidupan itu, dirinya lebih tenang setiap kali berdepan apa juga masalah yang mendatang dan tidak lagi mudah panik. Dirinya juga sentiasa positif dalam membuat sebarang keputusan dan menyelesai­kan kekusutan yang bertandang.

“Kalau dulu, apabila tawaran kerja berkuranga­n, saya akan mula panik dan risau. Hal yang kecil juga boleh membuatkan saya naik angin dan panik mencari jalan penyelesai­an.

“Syukur kerana kini saya lebih tenang berdepan dengan apa juga dugaan yang datang. Saya yakin apabila kita menyerahka­n sepenuh kepercayaa­n kepada Allah, rencana hidup akan lebih dipermudah­kan. Setiap aturannya adalah yang terbaik bagi seorang hamba,” katanya penuh makna.

Tidak rasa ketinggala­n

Menelusuri catatan kerjaya seninya, Irwansyah mengakui, masih lagi aktif berkarya, namun lebih cenderung berada di belakang tabir. Dirinya juga tidak berasa ketinggala­n dengan kehadiran pelakon pelapis di negaranya.

Katanya, beberapa agenda sudah disusun untuk dilaksanak­an, namun lebih selesa tidak dihebahkan terlebih dahulu kerana masih pada fasa awal perancanga­n.

“Syukur kerana saya masih terus terima undangan persembaha­n dan tawaran lakonan. Jujurnya, saya lebih memilih karakter bagaimana yang sesuai dengan diri. Saya tidak lagi sesuai untuk membawakan watak lelaki nakal seperti dahulu,“katanya tertawa.

Mengimbau filem gandingan dirinya dengan Acha dan Nirina Zubir berjudul yang pernah meletup satu ketika dulu dan sealiran dengan filem

(AADC), Irwansyah hanya melirikkan senyuman.

 ??  ?? Cinta Heart Ada Apa dengan
Cinta Heart Ada Apa dengan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia