Berita Harian

Jaga hati isteri

-

Dalam

nada lembut, dirinya menolak jika diminta untuk kembali beraksi andai sekuel filem berkenaan dibuat seperti AADC kerana mahu menjaga hati isterinya, Zaskia Sungkar.

“Saya tidak nafikan ada terdengar perancanga­n mengenai perkara itu. Jujurnya, saya menolak untuk tampil dalam naskhah berkenaan kerana mahu menjaga hati isteri tercinta.

“Isteri tidak pernah menghalang, tetapi sebagai lelaki yang dicintainy­a, saya tidak mahu ada perasaan tidak selesa dalam diri Zaskia. Saya yakin ramai yang boleh gantikan tempat saya,” katanya.

Beliau dan Zaskia sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniaka­n zuriat, namun bagi Irwansyah, perkara itu tidak memberi tekanan kepada mereka.

“Bohong kalau saya katakan tidak impikan cahaya mata. Kami sentiasa berdoa dan sabar menanti. Kami yakin Allah akan makbulkan permintaan ini satu hari nanti.

“Saya bertuah memiliki isteri seperti Zaskia yang sentiasa berada di sisi dan menjadi pendorong kuat serta menjaga saya sebagai suaminya,” katanya.

Berganding­an dengan Zahirah Macwilson

Terbaharu, Irwansyah juga bakal berlakon dalam drama usaha sama Malaysia dan Indonesia berjudul Dia. Dalam drama bersiri berkenaan, beliau akan berganding­an dengan Zahirah Macwilson.

“Saya teruja untuk tampil dalam drama ini kerana ia hasil gandingan dua negara. Saya percaya ia akan memberikan pengalaman baharu buat saya.

“Drama 150 episod ini akan memulakan penggambar­an pada Oktober ini dan ini adalah peluang saya bekerja dengan produksi dari Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Berganding­an dengan Zahirah dalam drama bersiri, Dia.
Berganding­an dengan Zahirah dalam drama bersiri, Dia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia