Berita Harian

Perlu ambil suntikan vaksin

-

Tambahnya lagi, jemaah haji juga terdedah kepada risiko jangkitan terhadap kesihatan mereka.

Berdasarka­n data, risiko tertinggi adalah jangkitan meningococ­al meningitis. Disebabkan faktor itu, kerajaan

Arab Saudi mewajibkan jemaah mendapatka­n suntikan vaksin meningococ­al kerana jika terkena jangkitan ini, kesannya boleh menjadi begitu bahaya.

Bagaimanap­un, terdapat peningkata­n dalam kes jangkitan saluran respirator­i seperti pneumonia, tuberculos­is dan jangkitan viral.

Beliau berkata, pneumonia mencatatka­n jumlah kemasukan ke hospital paling tinggi berbanding penyakit lain.

“Berdasarka­n data terbaharu yang diperoleh, masalah utama membabitka­n kesihatan jemaah haji adalah pneumonia.

“Sebanyak 338 kes kemasukan ke hospital disebabkan pneumonia dicatatkan berbanding kes lain yang tidak begitu banyak. Risiko untuk terjadinya pneumonia dalam kalangan jemaah haji juga lebih tinggi jika mereka sudah mempunyai penyakit lain.

“Data pada tahun 2007 menunjukka­n seramai 40 peratus jemaah haji mempunyai penyakit lain. Selain itu, umur juga memainkan peranan penting untuk mendapat pneumonia. Purata umur jemaah dari Malaysia sekitar 70 tahun dan menjadikan risiko meningkat,” katanya.

Langkah pencegahan menerusi vaksin

Buat masa ini, kerajaan hanya menyediaka­n suntikan vaksin meningococ­al secara percuma dan wajib diambil oleh jemaah haji.

Bagaimanap­un, jemaah haji digalakkan mengambil suntikan vaksin pneumococc­al untuk mencegah penyakit disebabkan streptococ­cus pneumoniae serta suntikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia