Berita Harian

Penyakit menular di Asia Pasifik

-

radang usus kebiasaann­ya berlaku menyerang golongan muda berusia 20 tahun ke atas dan apabila mencecah usia 40 tahun, mereka berisiko mengalami barah usus pula.

Dr Raja Affendi, berkata kira-kira 50 tahun lalu, penyakit radang usus hanya dialami masyarakat di Barat, tetapi sejak empat dekad lalu, penyakit itu mula menular di Asia Pasifik dan jumlahnya meningkat setiap hari termasuk di negara ini dan Singapura.

Serangan itu kata beliau, berikutan perubahan gaya pemakanan sama dengan masyarakat di Barat seperti makanan segera dan makanan di dalam tin mengandung­i bahan pengawet.

Pola pemakanan

Di PPUKM saja, seramai 500 pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita didapati mengalami radang usus dan kebanyakan pesakit adalah penduduk yang tinggal di bandar dan berpendidi­kan tinggi.

“Di dalam usus besar terdapat berbilion mikrobiota iaitu organisma yang hidup di dalam usus besar yang juga adalah ‘kawan’ untuk usus yang membunuh bakteria jahat.

“Mikrobiota akan musnah atau terbunuh apabila kita menukar pola pemakanan mengikut cara masyarakat lain, kurang bersenam, pengambila­n antibiotik dan pembuangan apendik memburukka­n lagi keadaan,” katanya.

Jalani ujian saringan barah

Justeru, mereka yang berusia 40 tahun ke atas disarankan menjalani ujian saringan barah usus yang terbukti dapat mengesan lebih awal radang usus dan mencegah barah.

Data di Amerika Syarikat menunjukka­n selepas mewajibkan ujian saringan barah usus sejak 45 tahun lalu, kadar kematian akibat barah usus didapati menurun.

Pengesanan awal dapat mencegah beban kos rawatan yang tinggi iaitu sebanyak RM15,000 bagi barah tahap satu dan RM20,000 bagi barah tahap empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia