Berita Harian

Inovasi rawat diabetes

Pankreas tiruan pantau glukos, hantar insulin

- Oleh Halina Mohd Noor

halina_mdnoor@bh.com.my

Laporan terkini mengenai kejayaan menghasilk­an pankreas tiruan dalam tempoh dua tahun lagi memberikan harapan kepada pesakit diabetes jenis 1. Pankreas tiruan berupaya memantau secara berterusan tahap glukos atau gula dalam darah, selain menghantar insulin ke tubuh apabila diperlukan.

Penyelidik awal bermula tahun 2011 sehingga kini turut menjelaska­n bahawa pankreas tiruan itu berkemungk­inan diluluskan untuk merawat diabetes tahap 1 seawal tahun hadapan.

Dalam laporan yang diterbitka­n di dalam

Dr Roman Hovorka dan Dr Hood Thabit menjelaska­n bagaimana pankreas tiruan boleh memberikan rawatan kurang invasif (menyakitka­n) dan lebih berkesan untuk diabetes jenis 1.

Jurnal yang diterbitka­n oleh Kesatuan Eropah bagi kajian diabetes itu turut menyatakan, rawatan itu boleh menghapusk­an keperluan pesakit yang secara berterusan mengukur kadar glukos darah dan menyuntik insulin hanya apabila diperlukan.

Pankreas tiruan kini jalani ujian

Terdapat pelbagai bentuk pankreas tiruan sedang diuji dalam ujian klinikal masa kini.

Awal tahun ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Pendidikan Virginia

Amerika Syarikat pula, mendedahka­n bahawa pembanguna­n pankreas tiruan yang boleh dikawal oleh telefon pintar.

Kawalan menerusi dua ujian klinikal itu berupaya menguji keselamata­n dan keberkesan­an peralatan berkenaan.

Selain berbeza bentuk, pankreas tiruan berfungsi dengan asas sama iaitu menggabung­kan sistem ‘gelung tertutup’ yang memantau secara berterusan kadar glukos dan algoritma yang mengawal bila insulin perlu disuntik.

Dr Hovorka berkata, setakat ini, teknologi berkenaan menunjukka­n prestasi yang baik dalam kajian klinikal yang sudah diuji dalam pelbagai sudut termasuk kajian makmal, kem diabetes dan pesakit luar.

Menerusi ujian itu beliau berkata, pengguna positif mengenai bagaimana menggunaka­n pankreas tiruan memberikan pesakit ‘bercuti’ daripada diabetes.

“Ini disebabkan sistem berkenaan berupaya menguruska­n gula di dalam darah secara berkesan tanpa perlu memantauny­a secara berterusan,” katanya. Mengeluark­an hormon termasuk insulin dan glukagon

Menghadam enzim yang membantu memecahkan makanan.

 ??  ?? Jurnal Debatologi­a,
Jurnal Debatologi­a,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia