Berita Harian

Pemakanan untuk penyakit darah tinggi

Elak pengambila­n garam lebih dari 6 gram sehari

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

nasuha@bh.com.my anda disyorkan untuk mengamalka­n pemakanan yang dapat membantu menjadikan tekanan darah kembali normal.

Faktor mempengaru­hi tekanan darah

Terdapat dua faktor mempengaru­hi tekanan darah seseorang iaitu kadar garam yang diambil serta berat badan mereka.

Pengambila­n garam berlebihan meningkatk­an tekanan darah. Kita digalakkan mengambil garam kurang daripada enam gram sehari (bersamaan dengan satu sudu teh sehari).

Setiap makanan mengandung­i kandungan garam berbeza. Berikut adalah jadual kandungan garam dalam makanan:

Rendah

Buahbuahan Sayursayur­an Minyak sayuran Gula

Tepung

Lemak

Nasi

Roti putih Bijirin

Kekacang

Sederhana

Daging Ikan Telur Susu

Tinggi

Agen perasa (kicap, sos barbeku, tauchu, sos cili, sos tiram, sos tomato)

Makanan diawet (ikan masin, telur masin, sosej, daging burger, jeruk, belacan, cencaluk, budu)

Makanan proses (makanan dalam tin, keju)

Krim salad (mayonis)

Alternatif

Untuk menggantik­an perisa dalam makanan yang mempunyai jumlah garam yang tinggi, anda boleh gunakan rempah ratus, herba, bawang putih dan bawang merah dalam masakan.

Perahan jus limau juga digunakan untuk menggantik­an garam dalam masakan.

Selain mengawal tekanan darah, penggunaan bahan gantian ini menjadikan makanan lebih segar dan rasanya semula jadi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia