Berita Harian

Asma perlu rawatan berterusan

-

dengan betul serta sentiasa disimpan bersama pesakit untuk digunakan semasa serangan berlaku.

Kebanyakan pesakit asma akan diberi dua jenis ‘inhaler’ yakni - inhaler berwarna biru yang mengandung­i salbutamol dan ‘inhaler’ yang mengandung­i ubat steroids.

Kurangkan punca asma kronik

Salbutamol adalah ubat yang digunakan untuk meringanka­n simptom dalam kadar serta-merta, tetapi kesannya hanya bersifat sementara. Inhaler steroid berupaya mengurangk­an punca asma kronik melalui kawalan terhadap tahap radang di dalam paru-paru pesakit.

Penggunaan inhaler mengandung­i steroid penting dan tidak wajar diberhenti­kan tanpa nasihat doktor kerana serangan asma boleh berulang dan situasi ini adalah lebih kritikal untuk kanak-kanak yang menghidap asma.

Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memberikan perhatian lebih kepada tahap kesihatan kanak-kanak memandangk­an penyakit asma akan menjadi lebih mudarat sekiranya tidak dikawal, lebih-lebih lagi dengan persekitar­an semasa negara yang kerap dilanda jerebu.

Tindakan menghentik­an penggunaan inhaler ini adalah tidak wajar memandangk­an secara saintifikn­ya inhaler untuk penyakit asma tidak membawa kepada ketagihan kepada sesiapa yang menggunaka­nnya.

Tidak melemahkan paru-paru

Penggunaan­nya tidak melemahkan paru-paru, malah memberikan kesan sebaliknya dengan membolehka­n pengguna bernafas lebih selesa dan seterusnya mampu melakukan aktiviti fizikal secara lebih lasak.

Selain menggugat kesihatan, penyakit asma yang tidak terkawal membawa kesan negatif kepada ekonomi negara memandangk­an pekerja yang menghidap penyakit ini terpaksa mengambil cuti sakit.

Penyakit asma turut memberikan bebanan terhadap kos penginapan di hospital.

Rancangan dan pekerjaan ibu bapa sering terganggu akibat kadar ketidakhad­iran pelajar ke sekolah kerana penyakit asma.

Secara kesimpulan­nya, orang ramai perlu prihatin terhadap tahap kesihatan masing-masing serta tidak boleh memandang remeh terhadap penyakit asma.

 ??  ??
 ??  ?? Tiub bronkial Paru-paru Saluran udara normal Saluran udara radang
Tiub bronkial Paru-paru Saluran udara normal Saluran udara radang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia