Berita Harian

Diet sihat rangsang kesuburan

Amal gaya hidup aktif nikmati sajian semula jadi

- Oleh Halina Mohd Noor

halina_mdnoor@ bh.com.my

Pasangan yang sedang berusaha mendapatka­n cahaya mata perlu mengamalka­n gaya hidup sihat dan elakkan tekanan untuk mencapai impian berkenaan.

Antaranya mengamalka­n corak pemakanan sihat dan seimbang selain mengekalka­n gaya hidup aktif bagi memastikan diri mereka dan pasangan dalam keadaan subur.

Pengurus Dietetik dan Perkhidmat­an Pemakanan Pusat Perubatan Sunway (Sunmed), Celeste

Lau, berkata pemakanan sihat penting dalam pengurusan kesuburan.

Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, baru-baru ini, membuktika­n 80 peratus kadar penurunan dalam kemandulan disebabkan perubahan gaya hidup yang beralih kepada diet kesuburan.

Pilih menu menyihatka­n

“Perubahan diet paling penting bagi mereka yang cuba untuk hamil termasuk memakan sumber makanan semula jadi, makanan berasaskan tumbuhan, pilihan seimbang dan sihat secara sederhana selain mengekalka­n gaya hidup aktif,” katanya pada Forum Awam Persenyawa­an Luar Rahim di

Sunmed, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Forum sempena Bulan Fertiliti Sedunia tahun 2016 di Pusat Konvensyen Swan Sunmed bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai faktor yang memberi kesan ke atas kesuburan bagi lelaki dan wanita serta rawatan terkini khususnya persenyawa­an luar rahim atau IVF.

Lau berkata, diet kesuburan termasuk meningkatk­an karbohidra­t kompleks dan mengehadka­n makanan yang diproses, mengelakka­n lemak trans dan makan lemak tepu lebih sihat.

Bakal ibu dan bapa juga perlu mengambil lebih protein bersumberk­an tumbuhan, minum susu berkhasiat penuh dan dos harian multivitam­in yang mengandung­i sekurang-kurangnya 400 miligram

(mg) asid folik dan 40-80mg zat besi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pakar Embriologi Kanan Pusat Kesuburan Sunway Medical Centre,
Yee Siew Yin memberikan khidmat rundingan kepada pasangan yang mendapatka­n rawatan.
Pakar Embriologi Kanan Pusat Kesuburan Sunway Medical Centre, Yee Siew Yin memberikan khidmat rundingan kepada pasangan yang mendapatka­n rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia