Berita Harian

Muhammad Erry baka hebat Hidayat

-

Kuching: Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!

Itu perumpamaa­n paling sesuai buat atlet angkat berat Wilayah Persekutua­n, Muhammad Erry Hidayat yang meraih pingat emas dalam acara snatch kategori 69 kilogram (kg) Sukan Malaysia (SUKMA) di Dewan Jubli UITM, semalam.

Ketika usianya akan mencecah 17 tahun 24 November ini, Muhammad Erry jelas mewarisi ‘kekuatan’ dimiliki bapanya yang juga pemenang emas clean & jerk kategori sama pada Sukan Komanwel 1998, Muhamad Hidayat Hamidon.

Dalam acara snatch, Muhammad Erry menjulang bebanan 120kg untuk mengetepik­an Ahmad Aslam Hakim Mansor yang juga adik kepada atlet negara yang akan ke Sukan Olimpik bulan depan, Hafifi Mansor.

Muhammad Erry yang berpeluang berhubungi bapanya sehari sebelum aksi berlangsun­g pantas memanfaatk­annya untuk memperoleh tips berharga dan nyata ia banyak membantu ketika menjulang angkatan.

“Keseluruha­nnya prestasi saya agak bagus kecuali dalam saingan clean & jerk. Pada angkatan pertama, kaki belakang saya licin tetapi ia berjaya diperbetul­kan pada angkatan seterusnya.

Sasar rekod Komanwel

“Dia (Muhamad Hidayat) banyak ajar saya sejak daripada kecil sehingga sekarang.

“Semalam (kelmarin) dia ada berikan saya semangat. Ayah berita yang beliau hanya mahu saya menjulang bebanan tetapi tidak kisah jika gagal memenangi pingat,” katanya.

Dalam saingan clean & jerk, Muhammad Erry sekadar meraih gangsa selepas sekadar mengangkat bebanan 143kg. Emas dimenangi peserta Negeri Sembilan, Muhammad Amirul Arif Zarir (146kg) manakala Muhamad Azfar Kamarudin dari Terengganu gangsa (145kg).

Dalam masa sama, Muhammad Erry mula memasang impian lebih tinggi, mengatasi rekod ayahnya, 167.5kg yang dilakukan ketikan Sukan Komanwel 1998.

“Saya target untuk menyertai skiad pelapis negara dan menyertai lebih banyak pertanding­an peringkat tertinggi.

“Saya akan terus berlatih bersungguh­sungguh dan akan cuba pecah rekod ayah saya ketika di Sukan Komanwel,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia