Berita Harian

AHMAD SAID SENDIRIAN

Kejutan di DUN tidak berlaku, YB Ajil buat pusingan-u

-

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Fitri Nizam, Baharom Bakar dan Noor Aznida Alias

Kejutan yang digembarge­mburkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam tidak menjadi apabila bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said keseoranga­n selepas ADUN Ajil, Ghazali Taib membuat pusingan-u.

Semua 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kecuali wakil Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang yang berada di luar negara, tidak menyentuh isu kepemimpin­an Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman seperti ditimbulka­n Ahmad dan Ghazali sebelum ini.

“Saya seorang diri... kumpulan Ahmad Razif ramai, macam mana boleh lawan,” kata Ahmad yang juga ADUN Kijal yang sebelum ini dikatakan akan mengemukak­an usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif, ketika ditemui di luar dewan.

Ibarat strategi perang

Ahmad ketika ditanya mengenai tindakan selanjutny­a, menyifatka­n senario yang berlaku sekarang ibarat strategi perang.

“Ini biasalah, seperti perang juga. Apabila tengok orang bersedia, dia tak berapa nak serang. Saya simple (mudah) saja, orang serang saya, saya serang balik,” katanya yang dilihat meninggalk­an DUN lebih awal ketika berhenti rehat minum pagi, pada jam 11 pagi.

Ditanya sama ada kemelut itu boleh diselesaik­an dengan cara berhemah, beliau berkata, ia terpulang kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Ghazali yang pada minggu lalu mencetuska­n kontrovers­i mempersoal­kan kewibawaan Ahmad Razif se-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia