Berita Harian

Tutup awal pintu masuk ke Danok

Lanjutan sehingga tengah malam pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam dedahkan negara dengan masalah sosial, terutama dadah dan penyeludup­an senjata api

- Oleh Unit Khas BH

Changlun

Slintasi sempadan selepas 6 petang, menimbulka­n persoalan kerana sebahagian besar premis niaga yang menjadi tumpuan orang ramai membeli belah di pekan Danok, Thailand, sudah ditutup. Tinjauan BH dengan kerjasama sumber risikan, mendapati ramai rakyat negara ini yang melepasi sempadan memasuki Thailand, selepas jam 6 petang, menuju kelab malam dan pusat hiburan di pekan itu.

Pil kuda RM50 sebiji

BH meninjau beberapa pusat hiburan sekitar pekan terbabit, susulan maklumat ia menjadi lokasi warga Malaysia berhibur sambil mengambil dadah, kerana aktiviti penjualan bahan larangan itu berleluasa dalam kalangan pengunjung­nya.

Cubaan wartawan BH mendapatka­n dadah nyata mudah apabila pil kuda diperoleh daripada seorang pelayan wanita kelab malam yang dikunjungi pada harga RM50 sebiji.

Rakan yang menemani wartawan pula mendapatka­n sebungkus ketamin pada harga RM100 daripada seorang pembekal warga Thailand yang berlegar di luar kelab malam.

“Kebanyakan pengedar di Danok adalah orang Malaysia sendiri kerana rakyat Thailand jarang masuk kelab malam di sini.

“Mereka didalangi warga Thailand yang mengupah orang Malaysia bawa dadah ke kelab malam dan pusat karaoke,” kata sumber risikan.

Sementara itu, hasil operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesahka­n, situasi terbabit apabila 20 rakyat negara ini dikesan positif dadah menerusi ujian kencing dalam tempoh dua jam mulai 7 hingga 9 pagi pada 30 Julai lalu.

Pengarah Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid, berkata menjelang tengah malam hari sama, AADK menahan 20 lagi rakyat negara ini kerana positif dadah syabu dan ketamin, yang dipercayai diambil ketika berhibur di negara jiran.

Beliau berkata, antara yang ditahan termasuk tiga wanita dan tiga penjawat awam yang ditahan untuk siasatan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia