Berita Harian

PEMANDU TREN HAJI

103 rakyat kita dipilih kendali tren MMMSL di Makkah

- Oleh Rohaniza Idris

Seramai 103 pemandu tren rakyat Malaysia terbabit mengendali­kan perkhidmat­an tren Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL) untuk musim haji di Makkah, tahun ini.

Mereka bersama 23 pemandu warga Arab Saudi yang juga kumpulan pertama rakyat tempatan yang dipilih memandu tren sejak MMMSL beroperasi tahun lalu.

Pemandu warga Arab Saudi berkenaan mendapat latihan di Akademi Rel, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) sejak awal ta- hun ini.

Pengarah Negara ( Arab Saudi), Prasarana Integrated Management and Engineerin­g Services (PRIME), Mohamad Hashim Mamot, berkata 35 daripada 103 pemandu rakyat Malaysia itu pernah terbabit dalam operasi tahun pertama musim haji lalu, manakala 68 pemandu lagi bertugas buat kali pertama.

“Pembabitan penuh pemandu tren adalah antara perkara penting dalam operasi ini dan semua tren perlu diuji terlebih dulu termasuk peralatan dan fasiliti berkaitan seperti sistem semboyan dan Pusat Kawalan Operasi (OCC).

Latihan percubaan

“Latihan percubaan dijalankan sehingga sehari sebelum operasi se- benar berjalan lancar kerana kehadiran pemandu tren yang berpengala­man, berdedikas­i dan berkomitme­n. Saya berterima kasih kepada Rapid Rail kerana melepaskan pemandu ini untuk operasi MMMSL tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Hashim berkata, pemandu tren PRASARANA dipilih daripada empat laluan yang dikendalik­an oleh Rapid Rail Sdn Bhd, iaitu LRT laluan Kelana Jaya; LRT laluan Sri Petaling-ampang; laluan Monorail selain MRT Laluan 1 Sungai BulohKajan­g, yang bakal memulakan operasi akhir tahun ini.

“Mereka yang datang berkhidmat ke MMMSL ini mempunyai pengalaman dan pengurusan ke- reta api sekurang kurangnya lima tahun. Ada dalam kalangan mereka mempunyai pengalaman hampir 20 tahun,” katanya.

Hashim berkata, pada masa ini MMMSL sedang menjalanka­n latihan percubaan operasi 24 jam tanpa henti bermula sejak awal bulan ini.

“Latihan percubaan ini dilakukan sepenuhnya seperti operasi sebenar pada masa jemaah menjalanka­n haji nanti.

“Operasi perkhidmat­an tren ini sebenarnya hanyalah untuk tujuh hari bermula daripada 7 Zulhijjah, namun persiapan dijalankan dengan penuh rapi sejak awal tahun berdasarka­n kepada jadual kerja yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Perkhidmat­an tren Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL).
Perkhidmat­an tren Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL).
 ??  ?? Kapten Mohd Rosmadi Abdul Hadi memandu tren MMMSL.
Kapten Mohd Rosmadi Abdul Hadi memandu tren MMMSL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia