Berita Harian

Beri sumbangan bina Komuniti ASEAN

Semangat kekitaan, identiti perlu dipupuk dalam kalangan rakyat 10 negara

-

Warga ASEAN bukan sahaja perlu meraih manfaat daripada ASEAN, tetapi juga berkewajip­an mengambil bahagian dan memberi sumbangan terhadap usaha membina Komuniti ASEAN bagi memastikan pertubuhan itu terus mencapai kemajuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata antara prasyarat untuk mewujudkan sebuah Komuniti ASEAN dalam erti kata sebenar ialah memupuk semangat kekitaan serta identiti dalam kalangan rakyat di seluruh 10 negara yang menganggot­ainya.

“Hanya dengan cara ini kita akan mempunyai sebuah Komuniti ASEAN yang benar-benar kohesif serta mencermink­an aspirasi warganya,” katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari ASEAN Ke-49, semalam.

Ucap ‘Selamat Hari ASEAN’

Sambil mengucapka­n ‘Selamat Hari ASEAN’ kepada seluruh rakyat Malaysia dan penduduk ASEAN, Najib berkata banyak lagi usaha yang perlu dilakukan sebelum ASEAN boleh menganggap dirinya sebagai sebuah komuniti yang benarbenar bersifat tunggal dan bersatu padu dari segi amalan dan nama.

“Pembinaan Komuniti ASEAN adalah proses berterusan dan sen- tiasa berkembang, manakala momentumny­a pula perlu dipelihara bagi menjamin wujudnya kesepaduan politik, integrasi ekonomi serta keterangku­man sosial dan serantau.

“Komuniti kita perlulah mampu memberi respons secara berkesan terhadap ancaman yang timbul dan cabaran yang muncul daripada perubahan pesat landskap serantau dan global,” katanya.

Justeru, kata Perdana Menteri, tema yang dipilih Laos sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, ‘Menukarkan Visi Menjadi Realiti bagi Komuniti ASEAN Dinamik’, amat tepat pada masanya dan sesuai Perdana Menteri kerana ia mencermink­an keazaman bersama penduduk ASEAN untuk terus mengintegr­asikan rantau mereka dan memperkuku­hkan komunitiny­a.

Najib berkata, hampir lima dekad lalu, pengasas ASEAN menandatan­gani Deklarasi Bangkok, yang secara rasmi menubuhkan persatuan itu.

Jamin keamanan

Katanya, hari berkenaan amat bersejarah kerana ia merakamkan komitmen beberapa negara Asia Tenggara untuk berusaha ke arah menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini pada masa akan datang.

“Apabila kita menyambut Hari ASEAN tahun ini, kita berbuat demikian untuk pertama kali sebagai satu komuniti. Pada 31 Disember 2015, di bawah kepemimpin­an Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, negara anggota pertubuhan ini menubuhkan Komuniti ASEAN.

“Ini suatu kejayaan penting bagi rantau ini, yang dibina daripada kebingkasa­n dan dinamisme yang menjadi ciri utama ASEAN selama hampir separuh abad,” katanya sambil menjelaska­n bahawa warga ASEAN patut berbangga dengan hasil yang dicapai pertubuhan itu sejak 50 tahun lalu.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar, Tan Sri Othman Hashim, duta serta wakil ASEAN menyaksika­n bendera ASEAN dinaikkan sempena Ulang Tahun ASEAN Ke-49 di Putrajaya.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar, Tan Sri Othman Hashim, duta serta wakil ASEAN menyaksika­n bendera ASEAN dinaikkan sempena Ulang Tahun ASEAN Ke-49 di Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia