Berita Harian

Lebih 5,000 daftar dalam masa 30 minit

Pencarum pelbagai kaum, agama tak lepas peluang pelaburan

-

Oleh Norhayati Abllah, Mohd Nasaruddin Parzi, Mohd Fahmi Mohd Yusof, Muhammad Mustakim Ramli, Syahid Sokri dan Nur Izzati Mohamad

Pendaftara­n Simpanan Shariah, iaitu simpanan yang diurus dan dilaburkan mengikut prinsip syariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) yang bermula semalam, mendapat sambutan menggalakk­an daripada ahli di seluruh negara.

Simpanan Shariah itu bukan saja menarik minat pencarum beragama Islam, malah bukan Islam juga tidak melepaskan peluang untuk mendaftar kerana ia terbuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan.

Generasi muda juga antara yang merebut peluang pelaburan itu.

Lebih 5,000 ahli mendaftark­an diri untuk menukar Simpanan Konvension­al kepada Simpanan Shariah untuk tempoh 30 minit pertama di 68 cawangan KWSP seluruh negara sebaik kaunter pendaftara­n dibuka jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan barisan pengurusan tertinggi KWSP turut meninjau urusan pendaftara­n, sambil memberi penerangan ringkas kepada pencarum berkenaan manfaat pelaburan itu di ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut di sini.

“Hari ini adalah hari yang bersejarah untuk KWSP dengan pembukaan pendaftara­n untuk Simpanan Shariah.

“Kami amat sukacita kerana berjaya memenuhi permintaan yang tinggi daripada ahli ketika rundingan awam pada tahun lalu untuk diwujudkan pilihan simpanan persaraan yang diuruskan berlandask­an prinsip syariah,” katanya dalam kenyataan itu.

Bukan promosi ‘siapa cepat’ Johor Bahru,

Di Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, berkata pencarum tidak perlu bergegas menukar simpanan mereka kepada Simpanan Syariah kerana pendaftara­n dibuka sehingga 23 Disember depan.

Katanya, pihaknya bukan menjalanka­n promosi ‘siapa cepat’, sebaliknya lebih kepada memberi masa kepada pelanggan untuk membuat pilihan tepat.

“Kita bukan mempromosi atau merangsang ahli untuk membuat penukaran kepada Simpanan Shariah tetapi lebih kepada aspek pendidikan dan penerangan bagi memastikan ahli mendapat maklumat untuk membuat keputusan yang betul,” katanya ketika ditemui di Pejabat KWSP Johor Bahru di sini.

Di

Alor Setar,

Ketua KWSP Ke- dah dan Perlis, R Anbabthan Rajandren, percaya proses pertukaran yang mudah, iaitu mengambil masa beberapa minit akan menggalakk­an ahli untuk melakukann­ya dengan kadar segera selepas permohonan dibuka semalam.

“Kita sedar ramai pencarum tertunggu-tunggu akaun simpanan patuh syariah,” katanya.

Di Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pelaburan KWSP, Datuk Mohamed Nasir Ab Latif, berkata pihaknya terkejut melihat sambutan yang memberangs­angkan itu.

“Sambutan memberangs­angkan ini bukan hanya di pejabat KWSP cawangan ini, malah di semua cawangan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut skim itu, pencarum boleh melayari laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000.

Butterwort­h,

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Orang ramai menunggu giliran untuk membuat pendaftara­n Simpanan Shariah di Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Orang ramai menunggu giliran untuk membuat pendaftara­n Simpanan Shariah di Pejabat KWSP, Jalan Raja Laut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia