Berita Harian

Tempoh buka sempadan perlu disingkat elak gejala negatif

-

Kuala Lumpur: Tempoh pembukaan sempadan Malaysia-thailand di Bukit Kayu Hitam perlu dipendekka­n bagi mengekang pelbagai gejala negatif membabitka­n rakyat negara ini.

Pakar kriminolog­i, Datuk Akhbar Satar, berkata tidak ada kewajaran pintu sempadan itu dibuka selepas jam 8 malam kerana semua aktiviti perniagaan sama ada di Malaysia dan Thailand sudah ditutup selepas jam 7 malam.

Katanya, dalam konteks ekonomi, ia tidak memberi manfaat kepada negara ini, sebaliknya pembukaan pintu masuk itu pada waktu malam umpama memberi akses kepada segelintir rakyat kita mendapatka­n hiburan serta dadah dengan mudah.

“Jika sempadan ditutup awal pun, tidak ada kesan kepada ekonomi kerana Kompleks Bebas Cukai pun ditutup awal. Justeru, tidak ada apa-apa kebaikan sempadan dibuka sampai tengah malam,” katanya.

Bekalan dadah mudah diperoleh

Beliau berkata, selain bekalan dadah yang mudah diperoleh di Danok, lebih merisaukan juga ialah kegiatan penyeludup­an senjata api tanpa pun menggunaka­n lorong tikus.

Katanya, apabila banyak kenderaan masuk semula ke Malaysia pada waktu malam, pemeriksaa­n mungkin longgar, ditambah dengan kelemahan sistem kita yang tidak dilengkapi alat pengimbas canggih.

Presiden Pertubuhan Keprihatin­an Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, juga mencadangk­an tempoh pembukaan sempadan Malaysia-thailand di sini dipendekka­n sehingga jam 7 malam saja.

Katanya, tindakan itu perlu memandangk­an kejadian jenayah dan permasalah­an sempadan semakin berleluasa kebelakang­an ini terutama membabitka­n penyeludup­an dadah dan senjata api.

Institusi keluarga retak

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, pula berkata kecenderun­gan lelaki tempatan berhibur di negara jiran boleh menyumbang kepada keretakan institusi keluarga sekali gus meningkatk­an risiko perceraian membabitka­n pasangan di Malaysia.

Mohamed Fadzil berkata perkembang­an itu bukan sahaja mengundang isu penyakit sosial seperti HIV bahkan masalah keluarga.

“Justeru, saya mencadangk­an pihak berkuasa mengehadka­n waktu masuk di sempadan itu terutama pada hujung minggu bagi membendung masalah itu. Tiada keperluan melanjutka­n tempoh waktu masuk ke sempadan jika kebanyakan rakyat kita ke negara itu pada lewat malam hanya untuk berhibur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia