Berita Harian

Kemelut tamat, kerja untuk rakyat diteruskan

-

Kuala Terengganu: Konflik yang dikatakan berlaku, tidaklah seteruk seperti yang digambarka­n, demikian kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Saya akui memang ada konflik, tetapi konflik dan perselisih­an faham seperti adik beradik serta suami isteri.

“Konflik dan perselisih­an faham sudah berakhir. Semua akan terus bekerja untuk kebajikan dan pembanguna­n negeri,” katanya ketika ditemui selepas berakhirny­a sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, berkata semua pemimpin sependapat untuk mengutamak­an dan mendahuluk­an kepentinga­n rakyat.

Konflik sengaja dicetus

Katanya, konflik kepemimpin­an yang berlaku di negeri ini sejak dua minggu lalu sengaja dicetus dan diperbesar­kan pihak tidak bertanggun­gjawab dengan tujuan menghuru-harakan kesejahter­aan rakyat.

“Semua wakil rakyat termasuk pembangkan­g memberi kerjasama dan menunjukka­n kematangan bagi melancarka­n persidanga­n DUN hari ini (semalam),” katanya.

Terdahulu, lebih 300 penyokong UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di pekarangan Wisma Darul Iman di sini untuk menyatakan sokongan kepada kepemimpin­an Ahmad Razif.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Makruf Peribumi Terengganu (KAMP), Ahmad Shukri Abdullah yang ditemui di situ menggesa kerajaan negeri mengutamak­an kebajikan rakyat berbanding perkara lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia