Berita Harian

Tiga ‘rakan 1Malaysia’ teruja sambut Hari Kebangsaan

Sambutan setiap tahun eratkan hubungan persahabat­an

- Oleh Muhammad Suhaib Mohd Shapiee

Tiga ‘rakan 1Malaysia’ mengakui sambutan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun, dapat mengukuhka­n semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda selain mengeratka­n hubungan persahabat­an antara mereka.

Amir Fauzan Abdullah, Teoh Kah Ho dan S Sarinder yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Wellesley di sini, berkata mereka beruntung di- lahirkan di negara ini yang mempunyai kepelbagai­an kaum dan agama, sekali gus mengajar mereka budaya saling menghormat­i.

Tiga sahabat baik itu berkata, mereka tidak kekok bergaul sesama sendiri walaupun berlainan bangsa dan agama, malah hubungan mereka umpama adik-beradik selain berharap supaya semangat itu akan terus tersemai sehingga mereka dewasa kelak.

Kesusahan perjuangan

Kah Ho, 10, berkata sambutan Hari Kebangsaan akan mengingatk­an mereka mengenai kesusahan perjuangan nenek moyang yang bermati-matian memperjuan­gkan kemerdekaa­n negara.

“Kami bertiga adalah sahabat baik dan rakan sekelas. Hubungan kami rapat dan selalu berkunjung ke rumah masing-masing untuk menyiapkan kerja sekolah.

“Malah, setiap kali sambutan Hari Kebangsaan kami bertiga selalu teruja untuk membantu Murid SK Wellesley guru memasang bendera di sekolah dan suasana sepanjang bulan Ogos tidak ubah seperti perayaan,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi persekolah­an di luar SK Wellesley, di sini, semalam.

Semangat kemerdekaa­n

Sarrinder, 10, berkata, dia berazam untuk menyaksika­n perarakan Hari Kebangsaan tahun ini secara langsung di lokasi sambutan.

“Bagi saya, sambutan kemerdekaa­n itu bukan hanya kejayaan menghalau penjajah semata-mata, tetapi mengingatk­an generasi muda untuk mengekalka­n semangat kemerdekaa­n,” katanya.

Amir Fauzan berkata, dia bercita-cita menjadi anggota polis bagi mempertaha­nkan negara daripada ancaman penceroboh.

“Saya tidak akan membenarka­n negara dijajah lagi kerana itu saya berazam untuk menjadi anggota polis untuk mengekalka­n keamanan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia