Berita Harian

Ahli perlu sentiasa sedar cabaran politik semasa

-

Kuala Lumpur: Anggota UMNO perlu 'mengambil pusing' dan memerhatik­an setiap perkembang­an politik tanah air termasuk cadangan penubuhan parti baharu supaya dapat meningkatk­an semangat mereka untuk bekerja lebih keras demi masa depan parti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata ini berikutan perkembang­an politik negara pada masa kini ada cabaran tersendiri.

Suntik semangat

“Kalau kita tidak ambil pusing, kita tak akan ada semangat. Benda ini menyuntik semangat saya untuk bekerja lebih kuat. Sebab itu saya ajak lebih ramai lagi untuk bersemanga­t sebab kita ada lawan.

“Dahulu orang kata dia ahli kita, kita tak tahu apa nak buat. Sekarang ini kalau orang itu ber- lawan dalam pilihan raya, dia musuh kita,” katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Sekretaria­t Pencegahan Rasuah Keenam di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.

Beliau berkata, ahli UMNO tidak perlu mengambil berat mengenai penubuhan parti baharu, dengan terbaru bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan menyerahka­n permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.

Razali turut menyifatka­n tindakan Muhyiddin itu sebagai ‘tidak ada yang baharu’ kerana sudah banyak parti baharu didaftarka­n.

“Jadi, tidak ada masalah untuk mereka daftarkan. Dalam kes ini, saya rasa perlu kita bersedia tetapi ketakutan itu tiada...sebab sebelum ini pun macam itu juga,” katanya.

 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ?? Razali (kanan) menyampaik­an hadiah tempat pertama SPR kepada Institut Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sambil diperhatik­an Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Prof Datuk Dr Mizan Hitam di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, semalam.
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] Razali (kanan) menyampaik­an hadiah tempat pertama SPR kepada Institut Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sambil diperhatik­an Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Prof Datuk Dr Mizan Hitam di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia