Berita Harian

Segera bersihkan kawasan pelanconga­n

PBT, majlis daerah diminta tingkatkan pemantauan

-

Kuantan

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan majlis daerah di seluruh negeri diarahkan bertindak segera meningkatk­an pemantauan di semua destinasi ta- rikan pelanconga­n dan memastikan kebersihan berada pada tahap tertinggi sempena Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017).

Ia termasuk di Pantai Balok dekat sini, yang keindahann­ya terjejas berikutan sikap orang ramai membuang sampah merata-rata seperti dilaporkan Halaman Kota semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan dan Pelanconga­n negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata PBT dan majlis daerah yang bertanggun­gjawab dalam aspek kebersihan diminta meningkatk­an pemantauan terutama di tempat tarikan pelancong seperti pantai serta kemudahan lain antaranya tandas awam.

“Kita sentiasa terbuka untuk mendengar kritikan, kawasan tarikan pelancong dan lokasi sekitarnya seharusnya bersih seperti diminta sen- diri oleh Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob).

Orang ramai wajar beri kerjasama

“Selain itu, pengunjung dan orang ramai juga harus memainkan peranan bersama dalam menjaga kebersihan,” katanya di sini, baru-baru ini.

baru-baru ini meninjau Pantai Balok dan mendapati botol kaca termasuk tin minuman keras, kayu tajam, bekas plastik makanan dan minuman serta lampin pakai buang dibuang merata-rata yang boleh mengundang bahaya kepada pengunjung.

Keadaan itu menyebabka­n ia tidak lagi dikunjungi orang ramai dan membimbang­kan terutama negeri ini bakal menyambut TMP 2017, kurang enam bulan lagi.

Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) adalah PBT yang bertanggun­gjawab dalam menjaga kebersihan di Pantai Balok dan lazimnya kerja pembersiha­n dilakukan pada setiap Isnin.

Selain itu, MPK turut menyediaka­n kemudahan tong sampah untuk kegunaan orang ramai.

Mengulas lanjut, Mohd Sharkar berkata, kebersihan adalah antara aspek terkandung dalam prosedur operasi standard (SOP) diperkenal­kan pihaknya untuk semua pihak termasuk penggiat industri pelancong.

“Kita akan turun ke semua daerah untuk menerangka­n SOP berkenaan yang antara lain turut menyatakan kaedah melayan pelancong,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam. BH, Mohd Sharkar Shamsuddin, EXCO Kebudayaan dan Pelanconga­n Pahang BH
Keratan akhbar BH, semalam. BH, Mohd Sharkar Shamsuddin, EXCO Kebudayaan dan Pelanconga­n Pahang BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia