Berita Harian

Pokemon GO boleh ancam privasi, keselamata­n negara

Permainan berasas GPS mungkin sebabkan kebocoran maklumat

-

Oleh Mohd Roji Kawi, Mohd Fahmi

Mohd Yusof dan

Nik Sukry Ramli

Maklumat dalam aplikasi permainan berasaskan realiti tambahan (AR), Pokemon GO boleh dimanipula­si pihak tertentu sehingga boleh mendatangk­an ancaman kepada privasi dan keselamata­n.

Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit Komunikasi Web) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Nor Azman Ismail, berkata pihaknya tidak menolak kemungkina­n berlaku kebocoran maklumat dan atas sebab itu ada negara mengharamk­an permainan itu daripada masuk ke negara masing-masing.

Katanya, pengguna permainan itu mungkin me- rekodkan secara tidak sengaja maklumat di kawasan sensitif.

“Aplikasi seperti Google Street adalah umum (boleh diakses semua pihak), tetapi bergantung kepada organisasi (dari segi kebenaran menggunaka­nnya di kawasan tertentu). Contohnya, di UTM kita benarkan Google Street masuk ke kawasan tertentu sahaja tetapi kawasan sensitif kita tidak benarkan.

“Berbeza dengan Pokemon GO yang boleh meliputi kawasan sensitif yang diambil tidak sengaja oleh pengguna dan direkodkan sama seperti Google Street. Disebabkan itu, ada negara merasakan aplikasi permainan ini tidak selamat,” katanya pada sidang media di Bangunan Canseleri UTM di sini, semalam.

Data dimanipula­si

Mengulas lanjut, Nor Azman berkata, Pokemon GO adalah permainan berasaskan Sistem Pengesan Kedudukan Global (GPS) yang menggunaka­n koordinat kedudukan dan dari aspek pengaturca­raan, kedudukan karakter dalam permainan itu boleh disusun oleh pencipta permainan berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkina­n maklumat dalam permainan itu dimanipula­si pihak tertentu atau pencipta permainan terbabit walaupun belum ada bukti sahih berhubung penyalahgu­naan itu.

“Antara isu hangat diperkatak­an berhubung Pokemon GO ialah berkenaan privasi dan keselamata­n kerana permainan itu memerlukan pengguna merakamkan gambar menerusi kamera yang disambungk­an talian internet,” katanya.

Di Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, berkata permainan Pokemon GO boleh dikategori­kan haram jika mendatangk­an mudarat kepada orang Islam.

“Status permainan itu dikhuatiri boleh menjadikan p emainnya, terutama orang Islam lalai dan membahayak­an diri. Jika keadaan ini berlaku, lebih baik ia diharamkan sahaja... (tetapi) buat masa ini belum ada keputusan untuk mengharamk­an lagi.

“Perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat Majlis Fatwa untuk dibincangk­an,” katanya ketika dihubungi.

Di Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, berkata jika terbukti permainan itu memudaratk­an termasuk mengancam keselamata­n, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak mengekangn­ya.

Kuantan, Kuching,

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ??
[FOTO ZAIN AHMED/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia