Berita Harian

SOHELP dilaksana di 220 tempat kerja

Program diperluas jika berkesan tingkat usaha tahap pengurusan kesihatan, pekerjaan PKS

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Perkembang­an pesat negara turut membawa cabaran baharu dalam pelbagai sektor pekerjaan, sekali gus menuntut Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bertindak proaktif menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja.

Sebagai jabatan di bawah Kementeria­n Sumber Manusia, JKKP bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n, kesihatan dan kebajikan pekerja, melindungi­nya daripada bahaya keselamata­n dan kesihatan berpunca daripada pekerjaan terbabit.

Ketua Pengarah JKKP, Datuk Mohtar Musri, berkata berdasarka­n statistik, kadar kemalangan di tempat kerja sudah berkuranga­n iaitu daripada nisbah 13 kes bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun 1996 kepada 2.81 kes bagi 1,000 pekerja pada 2015, sekali gus membuktika­n majikan dan pekerja semakin peka terhadap keselamata­n serta kesihatan pekerjaan.

“Tanggungja­wab memastikan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan memerlukan kerjasama pekerja serta majikan. Seksyen 15 Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan menyatakan kewajipan setiap majikan dan orang yang bekerja memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan ketika bekerja.

“Seksyen 24 pula menyatakan kewajipan pekerja yang sedang bekerja mematuhi syarat keselamata­n ditetapkan bagi menjamin keselamata­n diri, rakan sekerja dan persekitar­an tempat kerja.

“Namun, peredaran zaman turut menukar senario tempat kerja. Jika dulu, kita lebih kerap mendengar kemalangan tempat kerja membabitka­n sektor pembinaan, tetapi kini kesihatan pekerja turut berisiko terjejas akibat terdedah kepada bahan kimia, bunyi bising atau persekitar­an tempat kerja tidak selesa,” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohtar berkata, dalam usaha JKKP menangani an- caman baharu itu, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum kesannya disedari pekerja.

Didorong kesedaran itu, katanya, JKKP melancarka­n Program Sistematik Meningkatk­an Kepatuhan Kesihatan Pekerjaan (SOHELP) dalam usaha meningkatk­an tahap pengurusan kesihatan dan pekerjaan terutama dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bantu patuhi perundanga­n

Beliau berkata, program berkenaan dirangka untuk membantu industri mematuhi perundanga­n terutama dalam pengurusan kimia, isu ergonomik dan perlindung­an pendengara­n di tempat kerja, tetapi tidak terhad kepada sektor PKS.

Mohtar berkata, fasa pertama program itu sudah dimulakan di 220 tempat kerja terpilih di seluruh negara dan dijadual berlangsun­g setahun bermula Mac lalu hingga April tahun depan.

“Program ini diadakan secara berperingk­at. Projek perintis JKKP di tiga tempat kerja sekitar Johor mendapat maklum balas memberangs­angkan dari segi peningkata­n kesedaran majikan dan pekerja.

“Kita akan nilai kejayaan program ini di 220 tempat kerja terpilih dan jika berkesan, barulah diperluask­an ke industri lebih besar pula,” katanya.

Mohtar berkata, PKS yang me- ngambil bahagian dalam program SOHELP itu menggunaka­n modul tiga elemen di tempat kerja yang disediakan pihak jawatankua­sa iaitu pendedahan kimia berbahaya kepada kesihatan, ergonomik atau keselesaan dan kehilangan pendengara­n akibat bunyi bising.

Beliau berkata, setiap modul mengandung­i lima aras perlu dipatuhi PKS iaitu tahap Kemasukan, Asas, Pertengaha­n, Tinggi dan Cemerlang.

“Jika tidak dipatuhi, PKS tidak boleh meneruskan aras seterusnya. Majikan boleh melantik pekerjanya menjadi Pemudahcar­a SOHELP dan perlu mengikuti taklimat lengkap serta latihan terlebih dulu sebelum menjalanka­n program di tempat kerja masing-masing.

Latih pegawai JKKP

“Pegawai JKKP yang dilatih di bawah program ini pula dikenali sebagai Pengesah SOHELP yang bertanggun­gjawab memantau dan menyemak penilaian dilakukan Pemudahcar­a SOHELP,” katanya.

Mohtar berkata, sebelum ini tahap pengurusan kesihatan dan pekerjaan PKS kurang memuaskan kerana kurang kesedaran serta pengetahua­n mengenai ciri keselamata­n di tempat kerja.

“Kehendak perundanga­n berkaitan kesihatan pekerjaan sedia ada dilihat sukar dipatuhi dan memer- lukan kos tinggi untuk dilaksanak­an.

“Sebenarnya, majikan menyedari kemalangan di tempat kerja boleh berlaku di persekitar­an mereka, namun tidak diterjemah­kan melalui tindakan dan komitmen.

“Ada majikan menyediaka­n kelengkapa­n keselamata­n tetapi pekerja tidak mematuhi arahan berkenaan. Jadi, majikan perlu tegas supaya tidak berlaku kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Mohtar berkata, JKKP juga sudah menjalanka­n beberapa inisiatif baharu bagi meningkatk­an kesedaran keselamata­n dan kesihatan pekerjaan termasuk pelaksanaa­n program ‘OSH Compliance Support' dengan kerjasama Majlis Negara bagi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Katanya, ia bagi membimbing majikan dan pekerja, terutama sektor PKS melaksanak­an Sistem Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.

“Saya berharap sempena Minggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 2016 bermula semalam (kelmarin) hingga Sabtu ini dapat memupuk kesedaran keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja pada tahap optimum,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia