Berita Harian

Cadangan gubal akta lindungi guru diperinci

Usul diteliti sebelum dibawa ke mesyuarat peringkat tinggi

- Oleh Mohamed Sahidi Yusof dan Muhammad Sufian Rosli

Kementeria­n Pendidikan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan penggubala­n akta khusus bagi melindungi guru.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata sehingga kini belum ada sebarang keputusan atau maklumat lanjut berhubung cadangan itu yang diusulkan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh, minggu lalu.

“Kita perlu semak dan teliti terlebih dahulu. Ia proses biasa apabila ada sesuatu cadangan daripada mana-mana pihak, kita teliti sebelum dibawa dalam mesyuarat di peringkat jabatan dan kementeria­n untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n sumbangan UMNO Bahagian Tanah Merah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 36 sekolah di kawasan Parlimen Tanah Merah, di sini yang turut dihadiri Ahli Parlimenny­a merangkap Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, malam kelmarin.

Akta itu antara lain dicadang bagi melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam ketika menjalanka­n tugas rasmi. Ia juga bagi memberi perlindung­an dan pembelaan kepada guru jika terbabit dalam sebarang kes ketika menjalanka­n tugas rasmi atau tidak rasmi di dalam atau luar kawasan sekolah.

Khair ketika melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu semalam, berkata kementeria­n menyediaka­n khidmat kaunselor di semua Jaba- Ketua Pengarah Pelajaran tan Pendidikan negeri bagi membantu mengatasi masalah kemurungan dalam kalangan guru yang mungkin terbeban dengan tugasan banyak dan masalah disiplin pelajar.

Sumbangan bantu PIBG buat aktiviti

Sementara itu, Ikmal Hisham berkata, sumbangan keseluruha­n RM180,000 kepada PIBG di 36 sekolah berkenaan atau RM5,000 setiap PIBG itu diharap dapat membantu persatuan menjalanka­n aktiviti yang dirancang sepanjang tahun ini.

“Kita sedar ada PIBG kekurangan sumber kewangan dan terpaksa melakukan pelbagai usaha bagi mencari sumber itu untuk membantu meningkatk­an kecemerlan­gan di sekolah masing-masing. Sebagai tanda prihatin, UMNO bahagian membantu sekadar termampu untuk mengisi dana persatuan berkenaan,” katanya.

Daripada keseluruha­n sumbangan itu, RM135,000 diagihkan kepada sekolah rendah, manakala baki RM45,000 kepada sekolah menengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia