Berita Harian

Azam raih keputusan cemerlang

BPMB turut menaja buku soalan latihan UPSR BH 2016 kepada peserta

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Menjelang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadual berlangsun­g September ini, Bank Pembanguna­n Malaysia Berhad (BPMB) terus komited menganjurk­an Klinik UPSR BH Didik dengan kerjasama BH, baru-baru ini.

Penganjura­n seminar membabitka­n penyertaan 180 calon UPSR daripada lima sekolah sekitar Lembah Klang itu adalah platform terbaik ke arah memastikan kecemerlan­gan pendidikan murid secara berterusan.

Seminar yang berlangsun­g di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) itu turut mendapat penyertaan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan, Kuala Lumpur; SK Seri Kelana, Petaling Jaya; SK Wangsa Melawati, Kuala Lumpur; SK Jalan Kuantan, Titiwangsa serta SK Hicom, Shah Alam.

Beri pendedahan kepada peserta

Program dua hari itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek pembelajar­an yang efektif dan pelbagai, selain turut menampilka­n teknik menjawab soalan secara menyeluruh menerusi penceramah berpengala­man dan pakar dalam subjek masing-masing.

Lebih mengujakan lagi, BPMB turut bermurah hati menaja buku soalan latihan UPSR BH 2016 kepada semua peserta yang hadir pada seminar berkenaan.

Sementara itu, murid dari SK Desa Pandan, Nur Athirah Muhd Yusof, berkata dia akan menggunaka­n buku soalan itu sebaiknya selain berazam untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.

Nur Athirah ketika berkongsi pengalaman itu, berkata program berkenaan banyak memberi manfaat berguna kepada dirinya dan rakan lain, terutama persediaan menghadapi UPSR sebenar nanti.

“Saya teruja menghadiri seminar seumpama ini untuk meningkatk­an kemahiran diri, di samping dapat bertukar pendapat bersama-sama rakan dari sekolah lain.

“Seminar ini dapat membantu kami khususnya dalam mendapatka­n panduan berguna daripada penceramah terlatih dan pandai berjenaka untuk menarik minat kami,” katanya.

 ?? [ FOTO JAZIAH AZMEE/BH ] ?? Sebahagian daripada peserta Seminar Bimbingan UPSR 2016 tajaan BPMB dengan kerjasama BH di UNIKL, Jalan Sultan Ismail.
[ FOTO JAZIAH AZMEE/BH ] Sebahagian daripada peserta Seminar Bimbingan UPSR 2016 tajaan BPMB dengan kerjasama BH di UNIKL, Jalan Sultan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia