Berita Harian

Orang ramai mahu sistem sewa beli rumah PPR telus

Beri peluang golongan berpendapa­tan rendah miliki kediaman sendiri

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Ramai golongan terutama yang berpendapa­tan rendah mahu pelaksanaa­n sistem sewa dan beli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diumumkan kerajaan dibuat secara telus dan adil.

Mereka berpendapa­t sistem terbabit merangkumi 170 kawasan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak itu, memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mampu memiliki rumah sebelum ini.

Tinjauan BH mendapati orang ramai bersetuju dengan keputusan kerajaan memberi peluang kepada golongan berpendapa­tan rendah memiliki rumah sendiri.

Guru, Safia Sulaiman, 28, berkata beliau bersetuju dengan sistem yang akan dilaksanak­an itu kerana memberi peluang luas kepada individu yang pendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Rebut peluang

“Ia adalah satu keputusan bijak dan prihatin dengan kesusahan rakyat. Saya yakin golongan ini akan merebut peluang memiliki rumah yang berharga RM35,000,” katanya ketika ditemui BH di sini, semalam.

Kakitangan swasta, Muhamad Adeeb Reezan Sukkeri, 26, berkata sistem yang akan dilaksanak­an itu juga munasabah kerana kos sara hidup tinggi yang dihadapi oleh rakyat terutama di bandar pada ketika ini.

“Harga rumah ketika ini pun sudah mencecah RM300,000 ke atas dan tidak semua mampu memilikiny­a dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Namun, kerajaan mungkin boleh mempertimb­angkan lagi untuk memberi peluang kepada rakyat yang berpendapa­tan RM1,500 dan ke bawah untuk memiliki rumah PPR ini,” katanya.

Kakitangan awam, Amiera Firzana Mohammad, 24, berkata ia sememangny­a langkah yang baik dan berharap projek itu akan berterusan bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an.

“Syarat sistem ini juga perlu diperketat­kan agar tiada ketirisan dalam proses permohonan. Pihak berkuasa juga perlu meneliti sebaiknya untuk pemohon yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia