Berita Harian

Lelaki mengaku Sultan Melaka didakwa

Pengawal keselamata­n hadapi tiga pertuduhan menipu

- Oleh Junita Mat Rasid

Seorang pengawal keselamata­n didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap pertuduhan mengaku sebagai Sultan Melaka dan memperdaya­kan seorang lelaki supaya membayar RM2,100 bagi mendapatka­n persalinan diraja Melaka.

Sabirin Yusof, 48, beralamat di kuarters Istana Bukit Serene, dekat sini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Lelaki itu didakwa menipu Poniran Sumardi, 55, dengan mengaku sebagai Sultan Melaka dan mendakwa boleh menolong mendapatka­n persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM2,100.

Pengawal keselamata­n berkenaan dituduh melakukan penipuan itu di sebuah rumah di Taman Pelangi Indah, dekat sini pada Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Ikat jamin

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Ariffin, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Yusri Ahmad yang hadir bagi pihak peguam, Nordin Hussin.

Tertuduh dalam rayuan menerusi peguamnya sebelum ikat jamin ditetapkan, memaklumka­n dia perlu menyara dua isteri dan 16 anak dengan gaji sebanyak RM1,800 sebulan sebagai pengawal keselamata­n.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 4 September ini sebagai tarikh serahan dokumen.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Sabirin dibawa ke Mahkamah Majisret Johor Bahru semalam atas tuduhan menipu.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Sabirin dibawa ke Mahkamah Majisret Johor Bahru semalam atas tuduhan menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia