Berita Harian

Hampir 90 peratus judi siber tumpas

Tindakan tegas kerajaan negeri banteras kegiatan perjudian

-

Laporan Ifwan Tun Tuah

Tindakan tegas kerajaan Negeri Sembilan membantera­s pusat judi siber haram berhasil apabila kira-kira 90 peratus premis terbabit sudah menghentik­an operasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata pelbagai langkah diambil termasuk mewujudkan Jawatankua­sa Membantera­s Judi Siber Haram bagi merangka strategi memerangi kegiatan itu yang menjadi punca masalah sosial dan merosakkan institusi kekeluarga­an dan masyarakat.

“Baru-baru ini, kita beri kata dua (kepada ketua balai, ketua polis daerah). Saya tak kata halau, tapi saya kata akan minta mereka ditukarkan ke tempat lain jika tak boleh buat kerja (perangi judi siber haram). Hasilnya, pemeriksaa­n terbaru mendapati tiada premis judi siber haram di daerah Kuala Pilah dan Tampin.

“Secara keseluruha­n, kira-kira 90 peratus premis judi siber haram di negeri ini sudah tidak beroperasi,” katanya menjawab soalan tambahan Loke Siew Foke (DAP-CHENnah) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Katanya, usaha berterusan sentiasa dilakukan untuk memerangi sindiket perjudian terbabit serta memastikan tiada lagi premis ba- haru dibuka, termasuk tidak membenarka­n pemilik premis menggunaka­n bangunan untuk sebarang aktiviti perniagaan selama tiga tahun jika ia didapati disewakan kepada sindiket.

Rampas peralatan judi

Selain itu, beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) diarah memotong bekalan elektrik dan air ke premis yang didapati menjalanka­n kegiatan haram itu.

Terdahulu, Mohamad dalam jawapannya kepada soalan Abd Rahman Mohd Redza (Bn-linggi), berkata sejak Januari sehingga Jun lalu, pihak berkuasa terutama polis membuat kira-kira 3,000 serbuan dan merampas lebih 1,000 peralatan perjudian, termasuk komputer yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri menyusun strategi rapi bagi memastikan bekalan daging lembu di negeri ini bukan sahaja mencukupi, malah harganya dapat diturunkan menjelang Aidiladha ini berbanding lebih RM30 sekilogram sekarang yang dianggap terlalu mahal dan membebanka­n rakyat.

“Kita faham dan sedar masalah ini. Kerajaan negeri akan ambil tindakan untuk membekalka­n sebanyak mungkin daging lembu (menjelang Aidiladha) bagi membantu menurunkan harganya,” katanya ketika ucapan penangguha­n persidanga­n DUN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia