Berita Harian

SMK Convent Bukit Nanas juara pertanding­an sains Petrosains

Tampil projek guna proses ketumpatan, biasan dan peneutrala­n

- Oleh Nurul 'Aniqah Sazale

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas, di sini muncul juara Pertanding­an Pertunjuka­n Sains Petrosains 2016 peringkat Wilayah Persekutua­n, sekali gus layak bersaing pada peringkat kebangsaan di Putrajaya, penghujung Oktober ini.

Pasukan itu menampilka­n projek sains menggunaka­n proses ketumpatan, biasan dan peneutrala­n dalam eksperimen mereka menerusi konsep sambutan hari jadi. Tempat kedua dan ketiga, masingmasi­ng diraih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Pudu.

Pertanding­an dianjurkan Petrosains, Kementeria­n Pendidikan dan Bank Islam itu bertujuan mempopular­kan subjek sains dan menggalakk­an kaedah pembelajar­an tidak formal dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, berkata menerusi pertanding­an itu, pelajar dapat mempelajar­i dan mendalami ilmu sains melalui seni persembaha­n, sekali gus meningkatk­an kemahiran.

“Pengalaman menyertai pertanding­an ini bukan sahaja mampu menambah keyakinan diri, malah meningkatk­an keupayaan mereka untuk jadi pemikir kritis dan kreatif. Guru juga berpeluang menggunaka­n teknik ‘hands-on’ berkesan dalam mendidik pelajar serta menambah keseronoka­n belajar sains,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin, berkata kerjasama berkenaan memberi peluang pihaknya melaksanak­an aktiviti tanggungja­wab sosial korporat untuk meluaskan pengalaman pembelajar­an yang bermakna dan memberi impak positif kepada komuniti.

“Bank Islam berharap program ini membantu memupuk minat pelajar terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia