Berita Harian

Johor garis lima langkah modenkan PBT

-

Johor Bahru: Kerajaan Johor menggaris lima perkara bagi memodenkan perkhidmat­an pihak berkuasa tempatan (PBT) seterusnya meningkatk­an kecekapan sistem penyampaia­n kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pertama adalah pembanguna­n modal insan yang perlu menjadi sasaran dalam setiap perancanga­n, pembanguna­n dan pengurusan sumber manusia PBT.

Katanya, PBT memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja rajin, berintegri­ti dan ikhlas bekerja, malah mestilah terdiri daripada golongan pekerja yang cekap, berkemahir­an tinggi serta profesiona­l.

“Perkara kedua, PBT perlu fokus kepada peningkata­n inovasi dan kreativiti. Seterusnya PBT di Johor harus mempunyai strategi pengukuhan kewangan sendiri, lebih tahu potensi dan keperluan kawasan mereka selain ruang bagaimana yang boleh meningkatk­an hasil mereka,” katanya.

Persekitar­an lestari

Berucap pada majlis perasmian konvensyen ahli majlis PBT Johor sesi 2016/2017 dan pelancaran Hari Terbuka Pelan Transforma­si PBT Johor, beliau berkata, PBT di negeri ini harus mewujudkan persekitar­an lestari dalam masyarakat selain perkara kelima, iaitu mempunyai sistem komunikasi menyeluruh dan berkesan.

“Bagi menterjema­hkan perkara ini, kita harus menyampaik­an segala hasrat, perancanga­n dan pelaksanaa­n kepada rakyat dengan cara yang mudah dan berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia