Berita Harian

Doa kuatkan iman, tenang hati

-

Setiap hamba Allah SWT yang mengaku beriman kepada-nya pasti akan diuji bagi membuktika­n tahap keimanan mereka. Setelah dihadirkan ujian, Allah SWT hadirkan juga penyelesai­annya bagi mereka yang berdoa kepada-nya memohon pertolonga­n.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman dalam rancangan

Ibrah di IKIMFM berkata, terdapat dalam al-quran doa dilafazkan oleh Rasul yang dimakbulka­n Allah SWT untuk kita amalkan seperti kisah doa yang dilafazkan Nabi Ibrahim.

Baginda adalah hamba yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan al-quran merakamkan babak kisah padang pasir Makkah yang kering kontang itu bermula.

Bersandark­an kepada firman yang bermaksud: (Surah Ibrahim, ayat 37)

Doa ini dilafazkan Baginda ketika melalui detik perpisahan yang tidak diketahui apakah yang sedang diaturkan oleh Allah SWT. Merujuk kepada lafaz doa Nabi Ibrahim, Baginda memulakan dengan perkataan ‘Rabb’ membawa maksud yang pemelihara dan penjaga.

Detik berpisah dengan anak, isteri

Baginda akan menghadapi detik perpisahan dengan anak dan isterinya, tetapi percaya Allah SWT akan bersifat ‘rabb’. Baginda mengadu kepada-nya mengenai beratnya ujian dihadapi kerana meninggalk­an isteri bersama anak yang masih menyusu.

Antara hikmah Allah SWT merakamkan lafaz doa Nabi Ibrahim kerana Baginda amat yakin dengan kekentalan iman Hajar, namun bimbang anakandany­a itu. Mampukah anakandany­a bertahan jika makanan dan su- su sudah tidak ada di kawasan kering kontang tanpa tanaman dan sumber air.

Baginda mengadu kepada Allah SWT kerana percaya hanya Allah SWT sahaja yang boleh memelihara zuriat dan isterinya. Menerusi doa ini juga, Nabi Ibrahim menyatakan perintah itu dilakukan bukan pada sembaranga­n tempat, tetapi di Baitullah.

Di padang pasir yang kering kontang, di satu lembah kematian, Allah SWT menyebutny­a sebagai Baitullah (Rumah Allah). Baginda sangat yakin kepada Allah SWT dan menenangka­n Hajar. Bagaimanap­un, Hajar berkali-kali memohon penjelasan daripada Nabi Ibrahim.

Menurut hadis diriwayatk­an oleh Imam al-bukhari daripada Ibn ‘Abbas mengenai tindakan Nabi Ibrahim meninggalk­an Hajar bersama Nabi Ismail. Baginda memberikan isyarat bahawa Hajar dan Ismail ditinggalk­an di tempat yang selamat.

Jelas jawapan Hajar benar-benar menenangka­n, “Sekiranya begitulah perintah Allah SWT wahai Ibrahim, maka Allah

SWT tidak akan meninggalk­an kami.”

Fasa kedua dalam doa ini, se- kali lagi Nabi Ibrahim AS menyebut lafaz ‘rabb’ dengan memohon kepada Allah SWT supaya mereka menyempurn­akan dan tidak meninggalk­an solat. Inilah iman yang ditunjukka­n Nabi Ibrahim yang daripadany­a lahirlah keturunan Rasulullah SAW.

Doa khusyuk solat

Baginda bimbang jika mereka meninggalk­an solat. Baginda mengharapk­an dengan dipisahkan isteri dan anaknya daripadany­a dan daripada kemudahan di Palestin, mereka akan lebih khusyuk mendirikan solat.

Pada pengakhira­n doa, Nabi Ibrahim memohon jika mereka mendirikan solat, jangan dibiarkan mereka tidak mendapat apa-apa. Baginda mengharapk­an Allah SWT kurniakan padang pasir yang kering kontang itu suatu hari nanti, hati manusia sebahagian­nya berlumbalu­mba mendatangi­nya.

Baginda mengharapk­an Allah SWT mengurniak­an mereka rezeki, buah-buahan supaya mereka bersyukur dan dengan syukur itu mereka akan khusyuk menunaikan solat. Inilah keindahan lafaz doa Nabi Ibrahim dan sejarah Baitullah alHaram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia