Berita Harian

Pukul isteri sekadar mendidik bukan dera

-

Daripada Abdullah bin Zam’ah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Janganlah seseorang daripada kalian memukul isterinya sebagaiman­a pukulan terhadap hamba kemudian dia melakukan hubungan kelamin bersamanya pada akhir hari.” (Riwayat al-bukhari)

Hadis ini menerangka­n kaedah menghukum isteri dengan cara memukul yang dibenarkan dalam Islam. Bagaimanap­un, pukulan itu haruslah dengan tujuan mendidik, bukannya mendera atau suami tidak bersetuju dengan perilaku isteri yang masih berdegil walaupun selepas dinasihati secara baik.

Mengikut pandangan ulama, pukulan itu tidak boleh menyebabka­n lebam dan menggunaka­n barang yang boleh mengakibat­kan kecederaan parah seperti tali pinggang, seterika, pinggan mangkuk dan kerusi.

Aibkan rumah tangga

Dalam satu lagi hadis daripada Muawiyah bin Haidah al-qusyairi, Rasulullah SAW bersabda: “Dan janganlah kamu (wahai suami) memukul mereka (isteri) di muka.” (Riwayat Abu Daud).

Memukul di muka dengan cara yang salah seperti menumbuk atau menampar bukan sahaja melampaui batas, bahkan ia turut meninggalk­an kesan yang boleh dilihat khalayak umum sehingga boleh mengaibkan rumah tangga.

Sedihnya, apa yang berlaku ialah suami menggunaka­n kudrat mereka untuk menyakiti isteri secara fizikal disebabkan perka- ra kecil yang sepatutnya diselesaik­an melalui perbincang­an. Walaupun dibenarkan memukul biarlah mengikut aturan ditetapkan.

Justeru, suami perlu faham secara mendalam tugas dipikul mereka amat berat, iaitu mendidik dan memastikan isteri mendapat bimbingan menyeluruh, sekali gus layak digelar wanita solehah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia