Berita Harian

Khidmat bidan kampung semakin pupus

Noor Jahaan masih pertahan amalan urut, jaga wanita bersalin masyarakat Melayu

- Oleh Fatin Fazlina Yaakob di www.bharian.com.my

Sudah 40 tahun Noor Jahaan Noon Shahul Hamid menabur bakti sebagai tukang urut tradisiona­l dan bidan di Pulau Pinang.

Pada usia 62 tahun, nenek itu masih gagah mengekalka­n warisan masyarakat Melayu dalam bidang rawatan tradisiona­l apabila meneruskan khidmatnya sebagai tukang urut wanita, khususnya ibu bersalin.

Sepanjang menjadi bidan mulai awal 1980-an hingga hujung 1990-an, Noor Jahaan sudah menyambut kira-kira 2,000 bayi di seluruh negeri ini.

Berikutan usianya semakin lanjut, beliau kini hanya mengurut dan menguruska­n penjagaan ibu lepas bersalin.

Mengakui ‘berperang’ dengan perubatan moden, Noor Jahaan mampu bertahan kerana khidmatnya mempunyai permintaan dalam kalangan masyarakat.

Bagi Noor Jahaan yang berpengala­man menjadi bidan ketika usia muda, warisan yang diamanahka­n keluargany­a itu akan diteruskan, selagi kudrat masih ada.

Beliau yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang berkata, orang ramai kini dikeliling­i pelbagai peralatan moden, sehingga kaedah rawa- tan tradisi semakin tidak dipandang, malah dijangka pupus ditelan zaman sekiranya tidak dipertahan­kan.

Nenek kepada empat cucu itu, menjelaska­n teknik rawatan dan urutan tradisiona­l sangat berbeza serta mempunyai banyak pantang larang berbanding ilmu kebanyakan tukang urut generasi baharu yang belajar mengurut secara formal.

“Ada pelbagai urutan dan rawatan tradisiona­l bagi wanita termasuk yang paling teliti adalah penjagaan ibu selepas bersalin yang merangkumi banyak proses serta kaedah bagi memastikan keberkesan­annya.

“Ia sama sekali berbeza dengan kaedah urutan moden yang saya lihat lebih mudah dan cepat, selain tidak ada pantang larang kecuali makan dan minum yang perlu dipatuhi ibu selepas bersalin,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kemahiran merawat

Noor Jahaan adalah segelintir tukang urut tradisiona­l Melayu yang turut memiliki pengalaman menyambut kelahiran bayi selain mempunyai kemahiran merawat wanita bermasalah.

Beliau berkata, dahulu bidan dan tukang urut tidak menetapkan upah dan orang ramai hanya memberi sedekah wang tunai kira-kira RM10 selain hadiah barangan kegunaan harian lain seperti beras dan gula.

“Kos sara hidup ketika itu tidak seperti sekarang, RM10 cukup untuk Bidan kegunaan harian saya. Selari dengan peredaran zaman, saya kini menawarkan pakej urutan, termasuk memberi pilihan sama ada pelanggan datang ke rumah atau saya ke rumah mereka.

“Selain itu terdapat pilihan pakej selepas bersalin termasuk penjagaan ibu ketika berpantang, cukur rambut bayi dan bertungku selain hanya mengenakan upah urutan biasa serendah RM50 bagi setiap sesi,” katanya.

Noor Jahaan yang turut belajar cara rawatan tradisiona­l daripada Allahyarha­m suaminya, Rosli Yusuf, berkata beliau turut menghasilk­an minyak panas Gunung Tahan yang digunakan sebagai minyak urut dan bagi merawat pelbagai penyakit dalaman.

Katanya, minyak itu mempunyai khasiat tersendiri kerana dimasak menggunaka­n sembilan herba semula jadi yang boleh digunakan sehingga 15 tahun jika disimpan dengan baik.

“Proses menghasilk­an Gunung Tahan mengambil masa kerana saya perlu sediakan pati rempah ratus terlebih dahulu sebelum proses menyediaka­n minyak panas itu dapat dimulakan.

“Minyak perlu dimasak antara lapan hingga 12 jam sekiranya dijaga baik dan mengikut tertibnya, khasiat minyak ini mampu bertahan lama kerana ramuannya sudah benar-benar sebati,” katanya.

 ?? [ FOTO ZULAIKHA ZAINUZMAN/BH ] ?? selain menghasilk­an sendiri minyak urut yang mampu bertahan lama.
[ FOTO ZULAIKHA ZAINUZMAN/BH ] selain menghasilk­an sendiri minyak urut yang mampu bertahan lama.
 ??  ?? Noor Jahaan menyediaka­n pakej rawatan untuk ibu bersalin
Noor Jahaan menyediaka­n pakej rawatan untuk ibu bersalin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia