Berita Harian

Arca unta putih simbol etnik Salar Islam

Penghijrah­an ke Xunhua, modenisasi China tidak gugat budaya asal

- Oleh Siti Haliza Yusop

Unta putih bukan sahaja lambang penting kepada perpindaha­n etnik Salar dari Asia Tengah ke Xunhua, Qinghai, lapan abad yang lalu, bahkan isyarat penting tradisi yang tetap dipertahan­kan.

Dikatakan, unta putih adalah antara yang dibawa dalam penghijrah­an itu, selain air, tanah dan alQuran bertulisan tangan oleh pemimpin Islam etnik Salar pada masa itu, Haraman dan Ahman bersama-sama 18 kerabat yang lain.

Sebagai mengingati peristiwa penting itu, arca unta putih didirikan di kawasan Mata Air Unta tidak jauh dari Masjid Besar Jiezi, Xunhua.

Ahli akademik, Han Chang Xiang atau lebih dikenali sebagai Sheikh Han, berkata sejarah etnik Salar di China bermula selepas Pensyarah Universiti Qinghai perpindaha­n nenek moyang mereka dari Samarkand (Turkmenist­an) ke Xunhua.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 130,000 etnik Salar Islam dengan majoritiny­a, iaitu sebanyak 80 peratus mendiami Xunhua, manakala baki pula bertebaran di kota Xinning dan Xinjiang.

Masih berpegang budaya tradisiona­l

“Dasar buka pintu China membawa banyak kebaikan, malah membolehka­n etnik Salar yang mempunyai sejarah panjang sejak berabad lamanya melalui kemajuan yang progresif hingga ada memiliki perniagaan maju dan diiktiraf.

“Sungguhpun sudah melalui banyak kemajuan hari ini, etnik Salar masih berpegang kepada budaya tradisiona­l.

“Pada masa sama, percampura­n dengan etnik lain termasuk Tibet, Hui dan Han serta proses modenisasi yang dilalui China sedikit sebanyak mempengaru­hi masyarakat ini,” katanya kepada Sastera & Budaya dalam kembara yang ditaja oleh Radio China Antarabang­sa (CRI), Kedutaan China di Malaysia dan Jabatan Pelanconga­n China.

Kembara tujuh hari yang disertai wakil media Malaysia, Indonesia dan Jabatan Bahasa Melayu CRI itu diadakan dengan hasrat membantu rakyat Malaysia mengenali China dengan lebih dekat.

Sementara itu, pensyarah Uni- versiti Qinghai, Hassan Ibrahim, berkata sistem pendidikan yang dilalui masyarakat Salar sudah berkembang maju.

Terbuka dalam pembaharua­n

“Selain madrasah, mereka turut mempunyai kolej dan universiti yang menunjukka­n keperluan penyediaan pembelajar­an pada peringkat lebih tinggi,” katanya.

Hassan yang boleh berbahasa Melayu dan kini dalam pengajian Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Malaya (UM) berkata, kemajuan dalam pendidikan antara keterbukaa­n etnik Salar dalam menerima pembaharua­n dan kemodenan.

“Ia membolehka­n masyarakat di sini bukan sahaja menuntut ilmu, bahkan pada masa sama membawa kemajuan seterusnya kepada etnik ini pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Arca Unta Putih.
Arca Unta Putih.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia