Berita Harian

Leo AWS menulis sepenuh masa selepas bersara guru

-

nya sejak zaman persekolah­an tanpa menafikan ia juga menjadi tuntutan sebagai pelajar aliran berkenaan.

“Sejak kecil saya gemar membaca semua genre sastera dari teks hikayat hingga karya kontempora­ri. Apabila dewasa, saya berpeluang mempelajar­i teks sastera sebagai subjek Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

“Malah, teknik pengajaran guru ketika di sekolah juga menumbuhka­n minat saya terhadap sastera,” katanya kepada Sastera&budaya di sini, semalam.

Tambah Leo AWS, beliau juga ‘terpikat’ pada novel tulisan pengarang Angkatan Sasterawan 1950 (ASAS 50), selain sasterawan seperti Pak Sako dan Ahmad Boestamam, selain karya Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said dan Tan Sri A Samad Ismail.

Terpengaru­h gaya puisi SN

Selain prosa, Leo turut terpengaru­h dengan aliran dan gaya puisi sentuhan SN, Datuk Usman Awang, SN, Muhamad Hj Salleh dan Abdul Latif Mohidin.

Leo menyifatka­n pembacaan karya yang baik mempengaru­hi karya yang dihasilkan dan menimbulka­n keinginann­ya untuk menulis.

“Selalunya karya saya terhasil sebagai tindak balas kepada perkembang­an semasa. Tidak kiralah permasalah­an hidup atau peristiwa besar yang melanda negara misalnya peristiwa bah kuning dua tahun lalu semuanya mencetus idea.

“Bukan sahaja peristiwa besar seperti pergolakan politik, pengalaman langsung yang dialami ketika hujan atau ribut kencang atau petir juga boleh mencetus- kan ilham,” katanya.

Jika dulu Leo berkarya tidak menentu kerana terikat pada tugasnya sebagai guru, tetapi sejak bersara pada 2011, beliau menulis hampir sepenuh masa.

“Saya kini menulis siang dan malam. Saya penulis bebas dan majikan saya hanyalah puisi,” katanya.

Tegas Leo, setiap pengarang berbeza dari segi pengalaman hidup sehingga karya mereka tidak sama, sekali gus mempunyai identiti dan keperibadi­an tersendiri yang perlu dihormati untuk keunikan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia