Berita Harian

Perubahan sistem klinik, farmasi patut utama masyarakat

-

ini dirasakan terdapat banyak pandangan dan tulisan bernada negatif berkaitan perkhidmat­an klinik swasta, preskripsi dan pembelian ubat di farmasi yang diviralkan di media sosial.

Sebahagian­nya juga begitu keterlalua­n sehingga menjadi seolah-olah insiden yang dibuatbuat yang disesuaika­n dengan isu lain yang berkemungk­inan ada agenda tersirat.

Ada yang menulis dan mendedahka­n identiti doktor, nama klinik atau nama farmasi secara terang-terang tanpa mengambil kira etika sosial dan wujudnya saluran yang boleh digunakan untuk mendapatka­n pembelaan dan kebenaran.

Langgar etika profesion

Jika anda berasa teraniaya dan jika benar pihak yang memberi perkhidmat­an itu telah bertindak melanggar etika profesion, laporan kepada pihak yang bertanggun­gjawab sewajarnya dibuat.

Perlu juga ditekankan di sini bahawa isu Pengasinga­n Dispensi dan Rang Undang Undang Farmasi (RUU) telah lama menjadi perdebatan.

Selain itu, keputusan mengenai permasalah­an ini akan dibentangk­an di Parlimen sedikit masa lagi yang antaranya bertujuan mengawal harga ubat.

Atas sebab itu, sewajarnya semua pihak yang terbabit menghormat­i keputusan yang telah diambil oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang semestinya telah mengambil kira keperluan dan pandangan semua pihak.

Tiada pihak menang atau kalah

Tidak timbul isu pihak yang menang atau kalah antara klinik dan farmasi apabila kita berbincang permasalah­an ini. Sepatutnya, pihak yang perlu diberi keutamaan adalah masyarakat dan orang ramai.

Perubahan sistem sepatutnya memberi lebih kemudahan kepada masyarakat pengguna dan tidak menjejaska­n baik dari segi kualiti perkhidmat­an, keberkesan­an, kemampuan kewangan dan keselesaan mereka.

Sebaliknya, pihak yang terbabit seharusnya bekerjasam­a untuk memberi perkhidmat­an lebih baik dan memperbaik­i kekurangan masing-masing jika ada. Jika mereka perlu bersaing, lakukanlah secara sihat dan profesiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia