Berita Harian

Tanaman ketum komersial lebih banyak kesan buruk

-

Pelbagai pihak memberi pandangan mengenai cadangan RISDA untuk penanaman pokok ketum secara komersial di negara ini bagi tujuan eksport, di mana ia dapat memberi pulangan tinggi kepada petani kecil dan meningkatk­an taraf hidup mereka.

Banyak risiko jika cadangan itu dilaksanak­an. Ramai khuatir jika penanaman ketum dihasilkan secara besar-besaran akan menyebabka­n penyalahgu­naan daun ketum yang pada hari ini mencapai tahap membimbang­kan menjadi lebih parah.

Hingga kini, usaha gigih agensiagen­si penguat kuasa dalam membantera­s penyalahgu­naan ketum dalam kalangan masyarakat belum berkesan walaupun banyak rampasan dan tangkapan dibuat. Malah, tabiat itu telahpun menular dalam kalangan pelajar sekolah.

Media sebelum ini melaporkan, 20 peratus daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Enam di negeri Perlis menyalahgu­nakan daun ketum. Keadaan ini sangat serius kerana secara purata seorang daripada lima orang pelajar ketagih ketum.

Salah guna daun ketum

Tahun lalu, terdapat 406 kes penyalahgu­naan daun ketum di Perlis. Sebanyak 46 kes direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Jumlah rampasan daun ketum oleh polis, melalui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) meningkat setiap tahun terutama di negeri sebelah utara Semenanjun­g.

Menurut laporan media, JSJN membuat rampasan tertinggi sepanjang 2014 yang membabitka­n 15.5 tan daun ketum dan 45,430 liter cecair ketum, yang dianggarka­n bernilai RM800,000. Sebelum itu, pada 2011, dilaporkan jumlah rampasan daun ketum adalah 2.8 tan, diikuti oleh rampasan 5.22 tan dalam 2012, dan 7.87 tan dalam 2013.

Undang-undang yang sedia ada membenarka­n ketum ditanam di negara ini, tetapi penjualan air atau bahan diproses daripada tanaman itu diharamkan mengikut pindaan kepada Akta Racun 1952. Di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, seseorang boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kekang penyalahgu­naan

Sepatutnya, klausa mengenai salah guna ketum harus dikeluarka­n daripada Akta Racun 1952 dan dimasukkan ke dalam Akta Dadah Merbahaya 1952. Kita amat berharap agar pindaan kepada Rang Undang-undang Akta Dadah Berbahaya untuk mengekang penyalahgu­naan daun ketum dapat dibentangk­an di Parlimen oleh Kementeria­n Dalam Negeri secepat mungkin pada tahun ini.

Secara tradisiona­lnya, air daun ketum dikatakan dapat mengembali­kan tenaga dan kesegaran selepas melakukan pelbagai aktiviti dan ia juga dijadikan penawar bagi pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Tetapi air rebusan daun ketum telah disalahgun­akan.

Menurut pakar, penggunaan ketum yang banyak iaitu di antara 10 hingga 30 helai daun ketum atau lebih dalam sehari boleh memberi kesan seperti banyak tidur, hilang keupayaan b ekerja, denyutan jantung menjadi cepat dan delusi paranoid.

Kesan sampingan

Antara kesan sampingan bagi penggunaan daun ketum pada jangkamasa lama adalah anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan, jaundis (penyakit hati), insomnia (sukar untuk tidur) dan psikosis (sakit mental). Risiko lain termasuk mengantuk dengan tiba-tiba, sakit otot dan tulang, masalah pergerakan anggota kaki dan tangan, sentakan otot, tingkah laku agresif dan cepat marah.

Walaupun cadangan menanam ketum secara komersial dilaksanak­an dengan terkawal, kita tidak dapat pastikan sepenuhnya penyelewen­gan tidak akan berlaku. Penyelewen­gan boleh berlaku. Contohnya, pegawai menerima suapan untuk membenarka­n ketum yang dihasilkan daripada ladang kawalan diseludup kepada sindiket dadah, ataupun petani dijanjikan wang sogokan lumayan jika mereka bekalkan daun ketum kepada sindiket haram.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH mengenai cadangan RISDA untuk penanaman pokok ketum.
Keratan akhbar BH mengenai cadangan RISDA untuk penanaman pokok ketum.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia