Berita Harian

Erdogan lulus hukuman mati

Prasyarat harus dapat sokongan penuh Parlimen, orang awam

-

l

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tampil bersuara, semalam bahawa dia akan meluluskan hukuman mati pengembali­an semula, tapi dengan syarat mendapat sokongan penuh parlimen dan orang awam.

Beliau bercakap ketika beru- cap pada satu perhimpuna­n besar membabitka­n hampir satu juta warga Turki di ibu negara yang hadir memberi sokongan tanda perpaduan negara berikutan percubaan rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai lalu.

Erdogan percaya hukuman mati itu jika dilaksanak­an akan dipatuhi mana-mana parti politik.

“Jika negara memilih untuk menyokong hukuman mati, saya percaya parti-parti politik akan mematuhi keputusan ini,” kata Erdogan.

Erdogan jawap pengkritik

“Parlimen Turki yang akan membuat keputusan mengenai hukuman mati ini memandangk­an kedaulatan negara terletak padanya. Di sini terlebih dulu, saya akan meluluskan keputusan yang dibuat oleh Parlimen,” katanya.

Erdogan turut menjawab pengkritik yang mempersoal­kan bahawa tidak ada hukuman mati dalam Kesatuan Eropah (EU).

“Mereka berkata tidak ada hukuman mati dalam EU, tetapi Amerika Syarikat ada; Jepun ada; China ada; sebahagian besar dunia ada. Jadi mereka dibenarkan melaksanak­annya.

“Kita juga pernah melaksanak­annya hingga 1984.”

Ankara dan Brussels kini terbabit dalam rundingan keahlian EU Turki. Bagaimanap­un, negara anggota menegaskan bahawa pengembali­an semula hukuman mati akan membatalka­n proses itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia