Berita Harian

MU mesti benam FELDA United

Sasar sekurangku­rangnya menduduki tempat kedua Kumpulan D

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka United (MU) diminta lebih fokus ketika berdepan FELDA United FC pada saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Tun Abd Razak, Jengka, malam ini.

Mereka perlu melupakan seketika kejayaan mereka men- gungguli carta Liga Perdana pada masa ini.

Pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, berkata saingan di Jengka pastinya amat sengit kerana pasukan yang ditemui adalah peneraju Kumpulan D dan menduduki tempat kedua di carta Liga Super.

“Apapun, ia masih boleh memihak kepada anak buah Mat Zan Mat Aris andai mereka terus fokus dan meningkatk­an persefaham­an pada pertemuan itu.

“Walaupun sasaran kita mara ke Liga Super 2017 dengan mengekalka­n kedudukan dua terbaik Liga Perdana, saingan Piala Malaysia juga perlu diharungi dengan semangat juang yang tinggi.

FELDA kebal

“Saya harap pemain skuad Hang Tuah mampu melakukan yang terbaik dalam perlawanan itu walaupun FELDA United diakui amat berwibawa di gelanggang sendiri,” katanya semalam.

MU yang kini menduduki tempat ketiga selepas mengumpul tiga mata daripada tiga perlawanan, seharusnya menang dalam pertemuan itu andai mahu meneruskan kemaraan ke suku akhir.

“Apa yang pasti perjuangan Piala Malaysia masih belum tamat kerana kami masih memiliki tiga perlawanan termasuk saingan malam ini.

“Jika mampu mengejutka­n FELDA United dan menewaskan Negeri Sembilan serta Terengganu sudah pasti MU mara ke suku akhir,” katanya.

Pada saingan di Melaka pada 29 Julai lalu, MU tewas 0-1 menerusi jaringan kapten The Fighters, Mohd Shukor Adan pada minit ke-87 walaupun skuad berkenaan turut memiliki banyak peluang menghasilk­an jaringan.

 ?? [ FOTO RASUL AZLI SAMAD / BH ] ?? Kapten Melaka United, Ilija Spasojevic (tengah) menjadi sandaran buru tiga mata penting, malam ini.
[ FOTO RASUL AZLI SAMAD / BH ] Kapten Melaka United, Ilija Spasojevic (tengah) menjadi sandaran buru tiga mata penting, malam ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia