Berita Harian

Titans tagih sentuhan Dos Santos

-

Kuala Terengganu: Kekalahan 0-2 di tangan Kelantan tidak melemahkan semangat pemain T-team yang akan melayani Sarawak dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Penolong jurulatih, Mohd Azhari Salim, berkata pihaknya akan melihat semula strategi yang akan digunakan bagi memastikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri tidak dipersiaka­n.

Katanya, pihaknya menagih semula khidmat penyerang kelahiran Brazil, Patrick Dos Santos Cruz yang tidak beraksi ketika tewas di tangan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) di Kota Bharu, Sabtu lalu.

Kukuh kedudukan

”Kita akan melihat semula barisan yang akan diturunkan malam esok (malam ini) kerana perlawanan ini amat penting buat pasukan bagi mengukuhka­n kedudukan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

”Jadi, kita berharap tahap kecederaan yang dialami Dos Santos hari ini (semalam) kerana pasukan amat memerlukan sentuhanny­a di bahagian serangan,” katanya kepada BH Sukan, di sini, semalam.

Mohd Azhari berkata, pihaknya tidak mahu anak buahnya mengambil mudah sekalipun mereka berjaya mengatasi skuad Ngap Sayot di Kuching sebelum ini.

Katanya, sudah pasti Sarawak mahu menebus kekalahan yang dialami tempoh hari dan pemain T-team mesti turun dengan misi wajib menang.

”Jika pasukan tidak mahu mengambil laluan sukar, tiga mata penuh wajib dikutip dan berharap pemain tebus semula dengan mempamerka­n aksi penuh bertenaga malam esok (malam ini),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia