Berita Harian

JDT II buru kemenangan pertama

- Oleh Oleh Faizul Azlan Razak

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tidak mahu terlepas peluang beraksi di laman sendiri untuk mencari kemenangan pertama apabila melayani kunjungan Kedah pada aksi Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), malam ini.

Pengendali JDT II, Benjamin Mora tampak begitu optimis tiga mata yang dicari mampu dijelmakan selepas mengharung­i tiga perlawanan lalu hanya sekadar mencatat keputusan seri untuk mengumpul tiga mata sahaja.

Katanya, ketika aksi menentang Kedah di Stadium Darul Aman, 29 Julai lalu berkesudah­an seri tanpa jaringan dan ketika itu skuad JDT II dibarisi antara lima hingga enam pemain bawah 21 tahun.

“Ia keputusan membanggak­an apabila beraksi di depan lebih 20,000 penyokong Kedah, pemain saya jelas tidak kekok dan mampu mengimbang­i kekuatan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang pada aksi itu menurunkan barisan pemain terbaik.

“Kita tahu Kedah adalah pasukan yang hebat malah kedudukan mereka dalam saingan Liga Super di tangga keempat dan ia membuktika­n skuad itu tampak begitu konsisten, namun kami tidak akan beri laluan mudah apabila pasukan itu berkunjung ke Pasir Gudang, malam ini.

“Kemenangan 1-0 ke atas PKNS FC pada saingan Liga Perdana, baru-baru ini menyuntik semangat pemain untuk meneruskan rentak cemerlang dan saya akan menurunkan kesebelasa­n terbaik bagi memburu kemenangan pertama,” katanya.

Mora juga tampak berpuas hati dengan gandingan Baihakki Khaizan dan Rafael Bonfim yang membentuk benteng pertahanan ampuh selepas beraksi konsisten ketika menentang PKNS FC dan menuntut aksi yang lebih konsisten apabila berdepan Kedah, malam ini.

Katanya hanya Mohd Amer Saidin belum pasti dapat diturunkan di posisi bek kiri selepas pemain itu mengalami kecederaan namun tidak serius dan akan memantau dahulu status kecederaan pemain itu.

Rizar Mohd Noor

 ??  ?? Mohd Azhari Salim, Penolong jurulatih T-team
Mohd Azhari Salim, Penolong jurulatih T-team

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia