Berita Harian

NS tekad kekal rentak kemenangan

-

Seremban: Biarpun prestasi dalam Liga Perdana dilihat kurang memberangs­angkan, Negeri Sembilan tetap bertekad untuk memastikan rekod kemenangan ke atas Terengganu dipertahan­kan menjelang saingan Kumpulan C Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Skuad itu yang kini menduduki tangga kedua carta dengan kutipan enam mata mahu memastikan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri itu dimanfaatk­an sepenuhnya untuk mengutip tiga mata.

Pertahanan tengah, Mohd Nasriq Baharom, berkata pemain perlu segera memperbaik­i persembaha­n kerana cabaran menentang Terengganu pasti lebih sukar selepas skuad berkenaan mempamerka­n kebangkita­n ketika bertemu FELDA United FC dalam saingan Liga Super.

Katanya, walaupun beraksi di gelanggang sendiri, pemain skuad Hobin Jang Hobin perlu berhati-hati kerana Terengganu pasti mahu menebus kekalahan dialami sebelum ini.

Jangka saingan berbeza

"Saya menjangkak­an saingan malam esok (malam ini) pasti berbeza kerana pemain Terengganu sudah tentu turun dengan semangat baharu dan mahu menebus kekecewaan yang mereka alami dalam aksi sebelum ini.

"Justeru, tugas kami sudah tentu lebih berat untuk mengekalka­n kemenangan, namun yakin jika setiap pemain dapat memberikan komitmen 100 peratus, kejayaan boleh direalisas­ikan.

"Kemenangan ke atas Terengganu ini penting untuk kukuhkan pasukan dalam carta dan saya berharap semua pemain dapat memberikan persembaha­n terbaik dalam misi pertahanka­n kelebihan beraksi di laman sendiri," katanya semalam.

Tonggak berpengala­man itu bagaimanap­un mengingatk­an rakan sepasukan agar segera memperbaik­i kesilapan dan fokus kepada tugas serta mematuhi arahan ketua jurulatih, Gary Michael Phillips untuk memastikan persembaha­n kurang bermaya ketika seri dengan Sime Darby, Jumaat lalu, tidak berulang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia