Berita Harian

Ramai pemain kecewa Zainal dipecat

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Pertahanan Selangor, Razman Roslan mengakui dia sedikit kecewa dengan pemecatan bekas pengendali­nya, Zainal Abidin Hassan yang dilihat terlalu drastik dan mengejut.

Razman yang turut ‘mengikuti’ Zainal ke Selangor pada awal musim ini juga menegaskan jurulatih itu tidak seharusnya dipersalah­kan semata-mata susulan keputusan hambar yang dilakar rakan sepasukann­ya dalam beberapa perlawanan terakhir.

“Secara peribadi sedikit sebanyak saya memang kecewa. Dia sudah mencurahka­n segala pengalaman dan tunjuk ajarnya pada sesi latihan.

“Pemain yang gagal mempamerka­n aksi yang baik kerana kami tidak melakar keputusan yang sepatutnya kami berikan kepada pasukan. Jadi, tidak adil untuk dia menerima keputusan sebegitu (pemecatan), “katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam, semalam.

Selain Razman, tiga lagi pemain Pahang yang ‘ditarik’ oleh Zainal untuk menyertai pasukan The Red Giants adalah penjaga gol, Khairul Azhan Khalid; pemain tengah, Hafiz Kamal serta pemain sayap, R Gopinathan.

Begitupun, anak jati Kajang itu enggan kejutan terbabit mengganggu fokus mereka pada aksi Piala Malaysia bertemu Pahang di laman sendiri, malam ini.

“Keputusan yang sudah diambil barisan pengurusan itu tidak mampu diubah jadi pemain perlu meneruskan tugas sehingga tamat musim ini. Ketepikan masalah luaran dan kekal fokus untuk aksi Piala Malaysia.

“Memang kebanyakan pemain juga turut kecewa dengan keputusan itu tetapi kita perlu kekal profesiona­l dan segera melupakan apa yang berlaku kerana lebih penting mengutip tiga mata pada aksi esok (malam ini).

Buat masa ini, Selangor ketinggala­n tiga mata di belakang pendahulu Kumpulan C, Kelantan yang memungut tujuh mata selepas sekadar meraih satu kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan setakat ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia