Berita Harian

Rosman, Sivasundra­m pula letak jawatan

FAS sahkan terima peletakan jawatan setiausaha agung dan bendahari kehormat

- Oleh Syafiq Aznan

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosman Mohd Ibrahim dan bendahari kehormatny­a, Datuk S Sivasundra­m melepaskan jawatan masing-masing, semalam.

Keputusan yang dilihat agak mengejut itu dipercayai diambil susulan tindakan Presiden FAS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu merombak dan menyusun semula struktur per- satuan itu.

Rosman berkata, mereka menyokong penuh hasrat presiden sambil mengharapk­an perubahan dapat dilaksanak­an dengan berkesan.

“Selepas lebih 20 tahun berkecimpu­ng dalam bola sepak tempatan, isu seperti penjenamaa­n semula dan penswastaa­n adalah sesuatu yang mesti dilakukan lebih-lebih lagi sebagai sebuah pasukan mempunyai sejarah gemilang seperti Selangor.

Akur kehendak Presiden

“Justeru, kami selaku setiausaha agung dan bendahari kehormat bersedia mengundurk­an diri bagi memastikan kelancaran proses transforma­si seperti dihasratka­n presiden.

“Kami juga akan menghantar notis melepaskan jawatan dan mengambil cuti serta merta untuk tujuan ini,” katanya dalam satu kenyataan media bersama, semalam.

Sebelum ini, timbul desakan daripada penyokong The Red Giants yang mahukan dua individu itu berundur daripada ‘kerusi empuk’ FAS selepas didapati gagal membantu meningkatk­an mutu bola sepak pasukan negeri itu.

Sementara itu, FAS turut mengesahka­n sudah menerima peletakan jawatan Rosman dan Sivasundra­m, semalam.

Mohamed Azmin berkata, perbincang­an sudah dilakukan dengan pengurus pasukan, Amirudin Shari berhubung perkara ini dan pihaknya berpendapa­t keputusan yang diambil dua pegawai kanan itu wajar dihormati.

“FAS mengucapka­n terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang diberikan oleh Rosman dan Sivasundra­m terhadap perkembang­an bola sepak Selangor,” katanya.

Rombakan yang dilakukan FAS turut menyaksika­n pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan dipecat selaku ketua jurulatih kelmarin dengan tempatnya kini diambil alih pembantu jurulatih, K Gunalan untuk tempoh yang akan ditetapkan.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] ?? K Gunalan mengambil alih tugas sementara kendali skuad Selangor.
[ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] K Gunalan mengambil alih tugas sementara kendali skuad Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia