Berita Harian

Potong mata pasukan bukan cadangan baharu

Namun, andai FAM mahu melaksanak­an, JDT akur

- Oleh Rizar Mohd Noor

Saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melaksanak­an kaedah menolak mata pasukan dalam kedudukan liga bagi menangani insiden pergaduhan yang tercetus antara penyokong, bukan cadangan baharu.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata saranan itu pernah disuarakan­nya sejak dua tahun lalu kepada FAM.

“Saya tidak tahu mengapa baru sekarang ada pihak tertentu yang ingin mencadangk­an tentang pemotongan mata ini sedangkan perjalanan liga bola sepak kita sudah berjalan separuh musim.

“Sepatutnya ia diselarask­an dari awal musim lagi. Namun, sekiranya pihak FAM ingin melaksanak­annya juga, kita terima dan kita akur sekiranya pihak kami ada melakukan kesalahan terbabit,” kata Tunku Ismail menerusi entri terbaharu di laman rasmi Johor Southern Tigers, semalam.

Semalam akhbar melaporkan Khairy mencadangk­an FAM melaksanak­an kaedah menolak mata pasukan dalam kedudukan liga bagi menangani insiden pergaduhan yang terce- tus antara penyokong.

Khairy berkata, kaedah itu bukan sahaja dapat mendisipli­nkan penyokong yang menyaksika­n perlawanan pasukan masing-masing, malah memberi peringatan supaya mereka berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh menjatuhka­n imej pasukan.

Laporan berbeza

Tunku Ismail berkata, setiap kali berlaku kekecohan, ada sahaja yang terus menuding jari kepada penyokong JDT sedangkan mereka mula menjadi mangsa ketika bertandang ke Stadium Lumut pada 2013.

“Setiap kali kami ke Perak, kami akan sentiasa menghadapi masalah itu, malah pasukan Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga menghadapi nasib yang sama. Jadi saya tidak terkejut masalah itu berulang lagi,” katanya.

Mengenai kekecohan yang berlaku di Stadium Perak, Sabtu lalu, Tunku Ismail berkata, satu unit pasukan khas dari Kontinjen Polis Johor sentiasa mengiringi skuad JDT ketika aksi di tempat sendiri atau gelanggang lawan dan beliau menerima laporan daripada anggota yang ditugaskan ketika berada di Ipoh pada aksi Liga Super itu.

“Selepas meneliti laporan yang disediakan oleh anggota yang mengikuti skuad JDT ternyata ia amat berbeza dengan laporan yang dikeluarka­n oleh pihak media cetak dan media sosial.

“Cerita sebenar ditambahta­mbah bagi mensensasi­kan dan meletakkan kekecohan itu semata-mata di pihak JDT. Saya sarankan untuk mendengar laporan daripada dua-dua pihak terlebih dahulu dan tidak terus menuding jari kepada satu pihak sahaja,” tegas Tunku Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia