Berita Harian

Perluaskan khidmat petugas keselamata­n

-

Kuala Lumpur: Isu keganasan penyokong bola sepak tempatan boleh ditangani dengan penggunaan khidmat petugas keselamata­n stadium di setiap gelanggang bagi penyelesai­an jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata sistem itu dilihat berkesan apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menggunaka­n petugas keselamata­n gelanggang mereka.

“Kalau kita lihat, isu membawa masuk barang terlarang tidak timbul di Stadium Perak, Ipoh cuma kita berdepan sikap penyokong. Mungkin sistem petugas keselamata­n stadium ini perlu diperluask­an lagi oleh persatuan negeri dan kelab,” katanya.

Cadangan tidak sesuai

Selain itu, beliau berkata hukuman bermain tanpa penyokong juga boleh dikenakan kepada mana-mana pasukan yang terbabit.

Tahun lalu, Jawatankua­sa Tatatertib FAM menghukum Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bermain satu perlawanan tanpa penyokong kerana tindakan penyokong mereka membakar suar dan membuat kecoh ketika perlawanan.

Mengenai cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menolak tiga mata ke atas pasukan terbabit, Kevin berkata cadangan itu dilihat tidak sesuai untuk pelaksanaa­n jangka panjang.

Perkara positif, negatif

Beliau berkata, banyak perkara positif dan negatif sekiranya memilih untuk mengurangk­an jumlah mata terhadap pasukan berikutan sikap tidak bertanggun­gjawab penyokong mereka.

“Cadangan menteri (Khairy), potong tiga mata itu adalah bagus tetapi mungkin tidak bersesuaia­n untuk jangka panjang. Dalam isu ini, pihak berkuasa memainkan peranan penting, jadi penguatkua­saan perlu diketatkan.

“Kerjasama dengan polis perlu dipertingk­atkan lagi terutamany­a keselamata­n dalam stadium,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia